MILIK SIAPAKAH MYKAD 810925-12-5209?
YB PENGKHIANAT WAJAR DIHUKUM MATI!
Written by Admin |
Thursday, 19 August 2010 15:11 |
PAKIS…. Warga Pakistan daripada Tenom ini berjaya mendapat pasport antarabangsa Malaysia setelah memiliki Mykad Malaysia walaupun baru tiga bulan di Sabah, manakala warga Indonesia, Nasri Subairah (bertopi) pula sedang dibantu oleh Ahli Parlimennya untuk mengesahkan Mykad yang tidak wujud dalam Sistem JPN! Oleh: HJ.WAHAB TIMPAI BAIGON PEMIMPIN yang bergelar ‘Yang Berhormat’ bersekongkol untuk membantu orang asing mendapat dokumen pengenalan diri di Sabah bukan sahaja pengkhianat, malah merekalah adalah penjenayah yang patut dijatuhi Hukuman Mati! Pemimpin seumpama itu wajar disingkirkan pada pilihan raya umum akan datang dan Pemimpin Tertinggi UMNO jangan memberi muka langsung kepada Yang Berhormat ini kerana mereka hanya mementingkan diri sendiri, sebaliknya menggadai masa hadapan rakyat tempatan dan negeri ini kepada warga asing yang jumlahnya kini mengatasi rakyat tempatan di Sabah. Kes-kes Yang Berhormat membantu penduduk asing, seperti yang dikategori sebagai PATI kini mendapt liputan secara meluas di Sabahkini.net, malah beberapa buah buku sudah diterbitkan iaitu IC PALSU Merampas Hak Rakyat Sabah (1999); Pengundi Untuk Disewa (1999); IC PROJEK Agenda Tersembunyi Mahathir? (2006); 007-Lelaki Malaysia Terakhir? (2007) hasil karya Mutalib M.D, namun para pemimpin tidak mengambil iktibar. Apa yang mendukacitakan pada rakyat, ialah sejak Parti Bersatu Sabah PBS kembeli menyertai Barisan Nasional (BN), suara mempertahankan hak Sabah dan rakyatnya semakin tidak kedengaran lagi. Bagaimanapun, rakyat Sabah masih hormat di atas keberanian pemimpin UPKO yang bersuara lantang meneruskan perjuangan yang ditinggalkan pemimpin PBS seperti Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Mojilip Bumburing yang semakin lantang mendedahkan Skandal X-Files warga asing mendapat kerakyatan Malaysia melalui pintu belakang di Persidangan Dewan Rakyat. Namun agak malang, Naib Presiden PBS, Datuk Radin Malleh kini sudah tidak kedengaran lagi membuat komen mengenai isu itu, berbanding sebelum PBS merujuk kembali ke dalam BN. Apakah hanya ketika berada dalam posisi pembangkang, maka PBS boleh menyuarakan masalah Nombor 1 Sabah yang tidak boleh diselesaikan sejak sekian lama? Natijahnya, daerah Tenom semakin dibanjiri oleh Warga Pakistan yang berusia antara 20-an hingga 30-an yang langsung tidak boleh bertutur bahasa Melayu dan akhirnya mereka ini mendapat Mykad melalui sindiket tertentu. Setelah mendapat Mykad, mereka mula membuka kedai perabot, kedai runcit, kedai pakaian dan sebagainya kerana pihak berkuasa tempatan membenarkan mereka berniaga dan diberikan lesen kerana status mereka kini Warganegara Malaysia! Kini mereka mula mendominasi perniagaan di Tenom dan ramai daripada mereka berkahwin dengan warga tempatan untuk meneruskan kelangsungan generasi baru, Darah Keturunan Pakistan (DKP) yang akhirnya melakukan pembersihan etnik!. |
DOKUMEN ‘BURUNG-BURUNG’ SELAMATKAN SEMON?
PERTAMBAHAN KEDAI PAKISTAN MEMBIMBANGKAN
MERDEKA! KERANDA PLASTIK UNTUK SIAPA?
DAFTAR SEMULA PATI DAPAT MYKAD
Written by Admin |
Tuesday, 07 September 2010 17:18 |
Salam Merdeka Buat Warga Sabah Yang Setia Bersama Sabahkini.net, SAYA telah memberi terlalu banyak komen berhubung Pendatang Tanpa Izin (PATI) Indonesia yang merupakan hampir kesemuanya telah mendapat IC/MyKad melalui pintu belakang. Ini adalah kenyataan dan saya juga pernah komen tentang kejadian-kejadian yang berlaku di Indonesia yang melibatkan maruah bangsa dan negara kita yang disamakan dengan NAJIS. Saya juga setuju bahawa warga Indon yang mendapat IC/MyKad atau yang menggunakan pasport Indonesia untuk bekerja dan menyokong pembangunan Malaysia. Saya rasa setiap orang juga akan berbuat begitu jika dalam keadaan terdesak seperti sekarang ini kerana kehidupan/keselamatan mereka bergantung kepada negara kita dan masyarakat kita.Semua warga Indonesia yang telah mendapat IC/MyKad amat beruntung kerana anak-anak mereka juga mendapat kemudahan sama seperti warganegara Malaysia yang lain dari segi biasiswa, PTPTN, Pasport Antarabangsa dan sebagainya. Tetapi apakah mereka sudah lupa tentang negara mereka? Jawapanya tentu TIDAK! Pengaliran keluar masuk warga Indonesia dan pengaliran keluar wang negara kita membuktikan perkara ini. Warga Indonesia yang menjadi warganegara ‘Malaysia Palsu’ ini masih berkiblat ke Indonesia. Di institusi-institusi awam maupun sekolah-sekolah, mereka telah mula mengamalkan sikap perkauman dan mula menampakkan hasil komplotan mereka ini menyebabkan ramai anak-anak Sabah tertindas. Tetapi di negara mereka, pelajar kita yang meneruskan pembelajaran di Institusi-institusi Awam yang menggunakan duit mereka sendiri ataupun dengan tajaan kerajaan Malaysia menghadapi segala macam kesusahan dari aspek mendapatkan KIPEM dan sebagainya. Malah sehari sahaja lambat memperbaharui PAS atas kesalahan mereka sendiri, maka pelajar kita diusir seperti ANJING, malah ada pelajar kita yang pernah ditampar, diherdik dan macam-macam lagi penindasan yang dilakukann. Jika tidak percaya tanyalah mereka yang pernah belajar di Indonesia. Berbanding dengan negara kita yang mudah mesra dengan warga asing dan melayan mereka dengan baik, tentulah PTI atau PATI merasa senang hati duduk di Malaysia. Negara kita tidak pernah mengambil tindakan terhadap pekerja asing merayakan HARI KEMERDEKAAN INDONESIA di ladang-ladang dengan menaikkan bendera Sang Saka Indonesia dan segala bentuk pesta meraikan hari berkenaan. Negara kita juga tidak pernah soal siasat untuk pemberian biasiswa kepada anak-anak Indonesia yang mendapat IC/MyKad. Negara kita juga tidak pernah mempersoalkan sejauh mana kestiaaan mereka terhadap negara ini. Negara kita juga tidak pernah fikir tentang keselamatan negara pada masa hadapan. Negara kita juga tidak pernah memikirkan berapa ramai warga Indonesia yang telah menjadi POLIS, Tentera, Guru, Pegawai Imigresen, Pegawai Pendaftaran; yang senang-senang boleh membantu warga Indonesia yang lain. Cuma ada beberapa langkah untuk mengambil tindakan yang sesuai dan Warganegara Malaysia yang tulen mendapat semula ‘Hak’ mereka. Antaranya : 1. Memastikan pemegang IC/MyKad melalui pintu belakang yang telah dikenalpasti dibatalkan Kewarganegaraannya dan memohon kembali untuk mendapatkan IC/MyKad setelah melalui proses-proses perundangan seperti yang terkandung dalam syarat-syarat Kewarganegaraan menurut Perlembagaan Persekutuan. 2. Mengenalpasti anak-anak PATI yang telah menjadi warganegara secara songsang dengan menjadikan surat lahir orang mati, ibubapa asli lain dari ibubapa warga PATI dan sebagainya untuk didokumentasi/disoal siasat supaya mereka juga dapat diberi kewarganegaraan dengan syarat-syarat yang termaktub dalam perlembagaan 3. Warganegara asing yang duduk di ladang-ladang dengan mendirikan rumah-rumah haram dengan izin tuanpunya tanah dibanci dan mengambil tindakan yang sesuai terhadap tuan-tuan tanah yang memberikan izin dengan cara tarik balik geran tanah dan sebagainya kerana kesalahan jenayah melindungi PATI. 4. Anak-anak PATI yang meneruskan pelajaran di sekolah kerajaan yang memang kita kenal pasti bahawa mereka adalah warganegara palsu ditarik balik segala kemudahan seperti bantuan biasiswa, KWAPM, SPBT dan sebagainya walaupun mereka ada kad pengenalan. (kita kenal pasti ibu bapa mereka adalah warga Indonesia dengan cara rujuk surat lahir ibubapa mereka, surat nikah dan no KP ibu bapa mereka yang bermula dengan angka-angka yang telah diketahui UMUM seperti H05, H03 dan sebagainya) 5. Pegawai-pegawai kerajaan, ketua kampung, pegawai akuan sumpah, majistret yang sekongkol dengan mengakui PATI atau PTI disumbat ke penjara tanpa ada soal siasat (guna pakai ISA) 6. Warga asing yang telah menjadi warganegara dipantau dan diadakan kursus kenegaraan dengan sedikit bayaran agar mereka ini betul-betul warganegara yang baik, bertanggungjawab, tahu undang-undang negara, tahu perlembagaan, tahu rukun Negara dan tahu apa ertinya negara Malaysia. Wahai Warga Malaysia yang berbangga menjadi Rakyat Malaysia! Semoga saranan yang saya utarakan di atas akan menyedarkan bangsa Malaysia agar berani bangkit untuk mengusir PATI daripada tanah berdaulat ini. Salam Kemerdekaan dan Selamat Menyambutnya pada 16 September 2010 MAT SALLEH JR. |
5 JUTA TIDAK DAFTAR PEMILIH
Written by Admin |
Saturday, 18 September 2010 01:53 |
Oleh: MUTALIB M.D PENGUMUMAN Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar bahawa lebih juta rakyat Malaysia mungkin tidak dapat mengundi pada Pilihanraya Umum Ke 13 memang agak mengejutkan. Sehingga kini, kira-kira 15.6 juta rakyat Malaysia berusia 21 tahun ke atas layak mengundi, namun menurut Wan Ahmad sehingga 30 Mei lalu hanya 11.24 juta yang mendaftar sebagai pemilih, manakala kira-kira 4.3 juta belum mendaftar.Jumlah tersebut dijangka terus meningkat kerana pertambahan warga negara yang mencapai umur 21 tahun adalah kira-kira 450,000 orang setiap tahun, manakala jumlah yang mendaftar mengikut tahunan sekitar 250,000 sahaja. Pendedahan Wan Ahmad ini menunjukkan satu fenomena yang serius dan merugikan negara kerana kira-kira 30 peratus rakyat yang tidak dapat menggunakan ‘kuasa politik’ dan hak selaku pengundi dalam proses demokrasi bagi menentukan masa hadapan Negara sehingga menyebabkan SPR terkesima dan bercadang untuk menjalankan kajian berhubung kaedah pendaftaran pemilik secara automatik dan atas talian (online) bagi memastikan warga negara berusia 21 tahun ke atas mendaftar sebagai pemilih setelah beberapa akta dipinda dan dikuat kuasa sepenuhnya. Pada pandangan peribadi saya, mungkin generasi muda tidak mempunyai keyakinan terhadap SPR yang gagal membersihkan daftar pemilih sehingga mereka memboikot pilihanraya kerana sebelum ini hak ibu bapa dna keluarga mereka dirampas oleh para pengundi hantu; terutama pendatang asing tanpa izin yang memperolehi hak mutlak sebagai pemilih berdaftar setelah mendapat Mykad Projek. Jika saya mempunyai pilihan, saya turut enggan mendaftar sebagai pemilih selagi Daftar pemilih di Sabah yang mengandungi lebih SEJUTA rakyat asing dan yang seangkatan dengannya tidak dibersihkan; kesemuanya sudah saya nyatakan secara jelas dalam buku IC PALSU Merampas Hak Anak Sabah; Pengundi Untuk Disewa; IC PROJEK Agenda Tersembunyi Mahathir dan 007 Lelaki Malaysia Terakhir. Namun saya tidak mempunyai pilihan dan terpaksa pulang ke Lahad Datu untuk membuang undi setiap kali pilihanraya sekalipun Calon yang bertanding atau diletakkan begitu memualkan, lebih hina daripada anjing buruk kepala kerana bukan sahaja terlibat dengan kes maksiat, rasuah malah menipu rakyat. Saya terpaksa membuang undi kerana saya tidak mahu satu-satunya hak yang saya ada dan dijamin Perlembagaan Persekutuan dirompak oleh musuh ketat saya iaitu Pendatang Asing Tanpa Izin yang memperolehi lebih daripada satu Mykad atau Resit Kad Pengenalan Sementara untuk mengundi dan mendapatkan wang antara RM100 hingga RM300 (bergantung kepada berapa kali mereka membuang undi) daripada ‘Fixed Deposit’ yang menjadi kebanggaan pemimpin Negara. Ramai generasi muda yang menjadi ahli Persatuan Blogger Sabah (PBS) enggan mendaftar sebagai pemilih kerana mereka kecewa dengan sikap SPR yang enggan membersihkan nama PATI dan ibu bapa dan datuk nenek mereka yang sudah lebih 20 tahun meninggal dunia. Bantahan demi bantahan yang dibuat hanya seperti mencurah kencing di mangkuk tandas, tidak memberi sebarang makna kerana air kencing tidak boleh di minuml; tambahan pula menurut undang-undang Daftar Pemilih yang sudah diwartakan tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah. Sebagai salah seorang yang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dan Petisyen Pilihanraya Likas, saya menganggap SPR adalah Parti Komponen Barisan Nasional yang prihatin membantu UMNO merekrut pemilih, terutama di Parlimen Silam kerana lebih 20,000 ahli UMNO tidak boleh mendaftar sebagai pemilih kerana masih menggunakan dokumen palsu, sekalipun anak mereka sudah mendapat MyKad dengan menggunakan ‘Gambar Agong’ atau dengan bantuan Ketua UMNO Bahagian atau Wakil Rakyat mereka. Persoalannya, setelah 47 tahun Sabah merdeka, SPR masih meneruskan Dasar Penjajahan dengan menentukan siapa boleh mengundi dan siapa yang tidak berhak mengundi dan menggunakan Parlimen untuk melaksanakan visi curang mereka membenarkan ‘Fixed Deposit’ yang diimport daripada Filipina, Indonesia, Pakistan, India dan China sebagai ‘Avatar’ untuk menyerang kepentingan dan hak Anak Negeri Sabah yang semakin terhakis. |
‘HAPPY BIRTHDAY’ ATAU ‘INNALILLAH’?
TAHNIAH KPN, DI SABAH LEBIH RAMAI!
Written by Admin |
Friday, 15 October 2010 02:26 |
Oleh: MOHD YATIM SUHAILI PENULIS Kontroversi Sabah, Mutalib M.D merakamkan ucapan tahniah di atas kejayaan besar Polis diRaja Malaysia (PDRM) memberkas tujuh orang kakitangan Jabatan Imigresen dan dua orang warga asing di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini. “Kita harap Ketua Polis Negara yang baru tidak gentar menangkap pegawai kanan Imigresen termasuk berpangkat Jusa di Sabah kerana kes penyeludupan manusia dan pemerdagangan orang di Sabah amat tinggi; apatah lagi ramai warga asing yang mendapat kerakyatan melalui pintu belakang setelah rekod mereka di Jabatan Imigresen dilupuskan,” ujar Mutalib yang juga Editor Sabahkini.net. Mutalib menegaskan bahawa beliau telah banyak membantu polis dengan merakamkan semua pemerhatian dan siasatan beliau serta bukti dalam beberaoa buah buku beliau seperti IC Palsu Merampas Hak Anak Sabah; IC PROJEK Agenda Tersembunyi Mahathir; Pengundi Untuk Disewa dan 007-Lelaki Malaysia Terakhir yang boleh dijadikan rujukan dan panduan polis dalam operasi mereka. Kadar pembolosan dan pemerdagangan orang di Sabah begitu serius berbanding di Semenajung Malaysia kerana gejala rasuah di kalangan pihak berkuasa dan ramai warga asing yang telah mendapat kerakyatan secara tidak sah menjadi pelindung kepada PATI yang bukan sahaja bersetinggan di pinggir bandar, malah menyertai parti politik untuk mendapat suaka. “Saya telah membuat begitu banyak laporan rasmi kepada Mantan Ketua Polis Negara berhubung isu ini dan berharap agar Tan Sri Ismail akan merujuk semua surat saya dan mengambil tindakan sewajarnya berhubung isu pasport terbang Filipina yang didalangi Pegawai Turus Jabatan Imigresen,” ujar Mutalib lagi yang tidak jemu-jemu membantu pihak berkuasa menangani masalah PATI dan penyeludupan manusia. Kata Mutalib, beliau kesal kerana Wakil Rakyat di Sabah telah melantik begitu ramai ‘Warga Penyu’ iaitu mereka yang mendapat kerakyatan secara tidak sah sebagai Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK sehingga membentuk koloni yang sukar ditembusi pihak berkuasa dan menjadi dalang menghalang kejayaan dalam setiap operasi bersepadu. PDRM, kata Mutalib hendaklah menumpukan operasi memberkas warga Pakistan, India dan China yang berjumlah lebih 150,000 orang yang memasuki Malaysia secara sah, namun membiarkan pas lawatan mereka lupus sebelum membeli dokumen pengenalan diri secara tidak sah; namun rekod mereka masih berada dalam simpanan Jabatan Imigresen sejak sistem biometrik dilaksanakan. Mutalib turut berbangga dengan kejayaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tujuh pegawai Imigresen berhubung penglibatan mereka dalam penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini. Namun tangkapan tersebut hanya ‘sekadar untuk menunjuk-nunjuk’ kerana bukan lagi rahsia, bahawa setiap warga asing yang memasuki atau keluar daripada Sabah tanpa sebarang pengenalan diri begitu mudah di semua depoh imigresen, terutama di Tawau, Sandakan, Kudat, Keningau dan Labuan kerana rasuah sudah berakar budaya di kalangan pegawai Imigresen dan pendatang asing. “Memberi dan meminta rasuah sudah kelihatan seperti menghulur atau meminta sebatang rokok di Depoh Imigresen. Malah setiap manusia yang mahu belayar atau mendarat sudah disediakan pengkeras untuk mempermudahkan mereka terutama yang menggunakan agensi atau cukong, apatah lagi perkhidmatan menyewa wang tunjuk sudah seperti berjabat salam,” ujar Mutalib yang menggesa agar Jabatan Imigresen memasang CCTV di semua Depoh Imigresen untuk memantau kegiatan kakitangannya yang membenarkan PATI membolosi Negara ini melalui pintu hadapan dengan bersulamkan wang. |
KAMI SAKSI KEJALANGAN ‘IC PROJEK’ BN?
Written by Admin |
Saturday, 16 October 2010 15:26 |
Oleh: MUTALIB M.D MANTAN Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara yang menjadi ‘Kambing Hitam’ kerana ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akob Damsah @ Yakub Damsah, 57, mendesak Kerajaan Malaysia bertanggung jawab di atas penganiayaan yang dilakukan kerajaan BN ke atas 15 Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara, termasuk beliau pada 1995. “Jika kerajaan Jepun membayar pampasan kepada ‘Hamba Seks’ tentera Jepun pada zaman Perang Dunia Kedua, kenapa Kerajaan BN tidak langsung mahu bertanggung jawab di atas ‘pemerkosaan mereka’ ke atas kebebasan kami? Bukankah kami yang telah berjasa dengan mematuhi semua arahan pemimpin BN sehingga BN berjaya merampas kuasa daripada PBS?,” tanya Yakub yang kecewa dengan layanan buruk pemimpin BN terhadap semua mangsa tahanan ISA. Kata Yakub, Kerajaan BN yang ada pada hari ini harus bertanggung jawab membayar gantirugi kepada mangsa ISA yang ditahan secara tidak sah hanya untuk menutupi mulut pembangkang yang berterusan menghentam BN yang menang melalui pintu belakang, iaitu melalui Skandal X-Files. “Tanpa pengundi hantu dan semua warga asing yang mereka rekru t dan mendapat kad pengenalan dengan menggunakan tangan kami, BN tidak akan bermimpi sampai hari ini untuk memenangi walau satu kerusi di Sabah,” ujar Yakub yang meyakini ‘Ops Gembleng’ telah berjaya mencapai misi menumbangkan kerajaan pilihan rakyat. Menurut Yakub, beliau dan 14 rakannya memberi peluang kepada BN untuk membersihkan nama mereka dan membayar pampasan yang setimpal dengan dosa pemimpin BN terhadap mereka, kerana mereka telah mencapai kata sepakat untuk membawa isu ini ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ;untuk menuntut hak mereka kerana Mahkamah di Malaysia menafikan hak berkenaan disebabkan sekatan undang-undang. Yakub mengambil kesempatan untuk berpesan kepada Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Mojilip Bumburing, agar tidak melayani karenah Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussien yang mencabarnya mengemukakan bukti kerana BN mempunyai seribu dalih untuk menyembunyikan semua bukti bertulis dan atas talian. “Tidak payah kemukakan sebarang bukti kerana saya dan 14 rakan yang pernah ditahan di bawah ISA adalah bukti hidup yang boleh bercakap dan bertindak atas dasar kesedaran. Kami adalah bukti kejalangan BN, bukannya tulisan di atas kertas yang tidak mampu bersuara,” ujar Yakub lagi. Jika Parlimen mahukan bukti, kata Yakub, heret kesemua 15 bekas tahanan ISA untuk memberi keterangan secara tertutup di Parlimen. “Sebagai rakyat Malaysia, kami tidak bersalah. Kami mangsa keadaan ketika nyawa Kerajaan BN berada di penghujung, maka sebagai penyambung tali hayat, kami dikorbankan,” ujar Yakub yang menafikan bahawa mereka terlibat dengan Skandal IC Palsu. Tegas Yakub, mereka tidak pernah terlibat mengeluarkan IC Palsu, sebaliknya menandatangani semua kad pengenalan biru yang tidak diketahui untuk diberikan kepada siapa di Pusat Operasi JPN melalui Skandal X-Files yang dilindungi kerajaan. “Semua keterangan saya ada di dalam buku 007-Lelaki Malaysia Terakhir seperti yang saya pegang ini. Tidak ada sepatah ayat ditambah dan tidak ada walau satu ayat berkurang. Semua yang dilaporkan dalam buku ini adalah tepat dan menceritakan 100 peratus kebenaran,” ujar Yakub yang mengakui ada membuat Akuan Berkanun pada 5 Mac 2007 yang memperakui semua keterangannya di dalam buku berkenaan adalah benar dan bonafide. Menurut Yakub, kesemua 14 orang mantan pegawai JPN yang mangsa tahanan secara tidak bermaruah turut bersedia memberi keterangan di hadapan Perdana Menteri atau Parlimen atau Jawatankuasa Parlimen mengenai Integriti terdiri daripada; Hamzah Tim, Asli Sidup, Balasius Biajin, Mohd Tohid Mohamad, Mohd Nasir Sungip, Ibnu Ham Tajul Arifin, Ishak Yusof Apok, Azmin Karim, Julian Damsah, Mohd Razali Samin, Jumahat Taripin, Abdul Rauf Sani, Zakaria Ahmad dan Kee Zulkifly Kee Abdul Jalil. “Namun kita hanya akan membuka mulut, jika Kerajaan BN bersedia menebus dosa mereka dengan meminta maaf secara terbuka dan membersihkan nama kami memalui pampasan yang dipersetujui bersama. Jika tidak, kami akan teruskan niat kami mengadu kepada PBB kerana BN telah melakukan kegiatan ‘Pemerdagangan Orang’ dalam skala terbesar melalui Skandal IC Projek ini,” ujar Yakub yang tidak gentar untuk memberi keterangan di mahkamah atau parlimen. |
DUSUN KINI PEMASTAUTIN SEMENTARA, BUKAN LAGI ANAK NEGERI SABAH?
LD POLICE SEIZES SULU IC

IC….Zulkifli showing the United Tausug People identity card that was seized during the anti illegal immigrants operation on Monday.
The police here made an astonishing find on Monday when they recovered for the first time what was believed to be the personal identification issued by the Sultanate of Sulu.
The laminated green identification card about the size of a Malaysian driving licence was seized from a Filipino migrant worker during a surprise raid conducted at a construction site in Dam Road on Monday. The said identification card was purportedly issued by the ‘Council of Regents of the Sultanate of Sulu Darul Islam’ to the ‘United Tausug People’.
The wordings printed on the back of the card read: “To whom it may concern, the holder of this card is a citizen of the Sultanate of Sulu Darul Islam. Thus he or she is recognized as ‘stateless person’ based on Article 1, Section 1 of the ‘Convention relating to status of stateless persons’, regulatedby the United Nation high Commissioner for Human Rights. Entry into force 6th June, 1960.”
Interestingly, a quick search on the Internet found that there was even a website dedicated to the United Tausug People which was also registered on the Facebook.
The hour-long raid on Monday which began at 3.45pm was spearheaded by District Traffic and Public Order Chief, ASP Ali Husin Bin Sahina with the help from district council enforcement unit headed by its Assistance Officer, Aliudin bin Miasin.
District Officer, Haji Zulkifli Haji Nasir when briefed on the maiden finding by Sub Inspector Zakaria Bin Hashim on Wednesday, pointed out that the Malaysian government does not recognize such document, adding that it can’t be use as a legal traveling document by Filipino into Sabah.
He thus advised business operators in the district to be wary of hiring foreigners with such an ID card, stressing that it could land them into trouble later.
It was not immediately known though, on the exact number of migrant workers or stateless people who are carrying such an identification card.
Meanwhile, District Police Chief, Supt Shamsudin bin Mat advised public not to be alarm about the finding, as it does not pose any security threat.
“Our investigation revealed there is no threat or whatsoever to the security of the district, the bearer had simply used it to enter here to make a living. That’s all,” he said.
He also explained that the police operation against illegal immigrants in the district was a routine to maintain a good security for the residents of Lahad Datu.
“It’s normal for police to carry such operations, it has got nothing to do with the finding of such ID card,” he added.
Incidentally, an 18-year-old Bajau youth was detained for further investigation after police noticed that he purposely damaged his MyKad. Police also detained a dozen men and women for screening.
DEEPAVALI Vs DEPA BELI?

Written by Admin
Friday, 05 November 2010 00:59
Oleh: MUTALIB M.D
BERDASARKAN senario yang berlaku di Sabah sejak 1972 hingga kini, saya tidak tergamak untuk mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada masyarakat India di Sabah yang datang bersama saya sekeluarga pada 1972 melalui program Migration Fund Board, ‘Untuk Kemajuan Ba’.
Terdapat lebih 5,000 generasi kedua masyarakat India ‘Malaya’ yang menjadi Pendatang Asing di negara sendiri kerana tidak mempunyai kad pengenalan dan dokumen pengenalan diri setelah permohonan ‘Taraf Penduduk Tetap’ Sabah ditolak kerajaan Negeri Sabah, berbanding semua ahli keluarga saya yang mendapat taraf penduduk tetap Sabah pada 1974.
Kebanyakan generasi kedua masyarakat ‘India Malaya’ ini bertebaran di Pamol, Suan Lamba, Balung, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan setelah ibu bapa mereka meninggal atau kembali ke ‘Malaya’.
Generasi kedua Masyarakat India Malaya ini telah melahirkan beberapa generasi yang hampir kesemuanya menghadapi masalah identiti; berbanding mereka yang datang daripada India yang mendapat suaka politik setelah membeli surat lahir daftar lewat, surat akuan dan setaraf dengannya untuk membeli Kad Pengenalan projek yang berharga antara RM5,000 hingga RM15,000.
Deepavali yang disambut riang oleh masyarakat India di Semenanjung Tanah Melayu juga turut disambut meriah oleh masyarakat India daripada India yang berjaya membeli kad pengenalan melalui perantara seperti Dewan Perniagaan India Muslim (DPIM) Sabah yang diketuai Datuk Baisul Khan Salman Faris dan MIC Sabah yang diketuai Datuk V.Jothi.
Antara Deepavali dengan ‘Depa Beli’ adalah dua senario yang berbeza dan berlainan sifatnya. Depa (mereka) yang membeli kad pengenalan projek atau palsu atau seangkatan dengannya kini menjadi anak emas dan memperoleh segala kemudahan kerana status mereka ialah ‘BUMIPUTERA ISLAM’ atau Anak Negeri Sabah sekalipun ‘tembuni mereka ditanam di India’.
Pendedahan ini telah saya buat melalui artikel Kuch-Kuch Hota Hai pada 06 Mac 2009 yang diulang siar sekali lagi agar Baisul Khan dan V Jothi sedar dan membantu India tulen daripada Semenanjung Malaysia dan bukannya daripada Semenanjung Tamil Nadu.
KUCH-KUCH HOTA HAI MALAYSIA? (Sila Klik Tag Untuk Saksi Video)
TERJEMAHAN PERCAKAPAN KAMARUDDIN.
Vanakam, Nama saya Kamaruddin, saya warganegara Malaysia.
Ramai orang INDIA datang ke sini untuk mencari kerja. Untuk masuk ke Sabah, kamu menggunakan Pas Lawatan. Sesudah datang ke negeri ini, tolong hormati undang-undang negara ini!
Segelintir kamu tidak menghormati undang-undang negara ini. Kamu sanggup buang passport kamu untuk mendapatkan status warganegara (melalui IC-Projek) dan MYKAD palsu. Semua ini kamu lakukan secara salah disisi undang undang. Selepas itu kamu menjadi warganegara Malaysia mengikut 'pintu belakang'. Bagaimana kalau perkara ini terjadi di negara kamu?
Saya pernah pergi ke India. Kamu tidak percaya? Ini buktinya! Tengok sini! Saya buat pembedahan 'Spinal-cord'.
Saya pergi ke Madras, Tripple Canny, Seefa Medical Centre. Selepas pembedahan, saya tinggal di hospital selama 2 bulan. Satu hari sahaja VISA saya tamat tempoh, kerajaan kamu telah beri amaran kepada saya. Lalu saya pergi ke imigresen INDIA untuk menyambung VISA. Walaupun saya berketurunan India, tetapi saya warganegara Malaysia. Apabila saya datang ke India, tidak ada kelebihan sedikit pun. Malah jika berada di sana melebihi satu hari sahaja, saya kena bayar denda. Saya di layan seperti pelancong dan saya menghormati undang-undang negara kamu.
Walaupun pada awalnya kamu datang ke negara ini mengikut undang-undang, tetapi kamu tinggal di Malaysia melebihi had VISA! kamu tinggal secara haram dan kamu juga mendapatkan IC-Palsu secara HARAM!
Adilkah ini? Kamu tidak tahu malukah?
Saya tidak bermaksud semua INDIANS, hanya segelintir sahaja. Contohnya di Sabah, 90% adalah PENDATANG dari INDIA. Secara sah atau secara haram kamu datang ke Sabah - kamu rampas hak warganegara Malaysia dan mendapatkan kewarganegaraan.
Selepas itu kamu lakukan banyak jenayah di negara ini. Saya minta pertimbangan dari kamu... tolonglah balik ke negara asal kamu. Kalau kamu mahu tinggal di negara kami, ikutlah undang-undang negara Malaysia. Datanglah ke sini secara baik dan tinggal di sini secara jujur. Jangan tinggal di Malaysia secara haram. Kalau kamu tinggal di negara ini secara haram, saya akan cari kamu dan kenalkan kamu kepada undang-undang! Akan saya dapatkan hukuman untuk kamu! Saya tahu kamu semua akan benci saya kerana saya cakap sebegini.
Dalam bahasa Tamil ada menyebut "Negara itu adalah ibu kandung kepada setiap rakyat". Tetapi kamu hina ibu kami! Kamu sanggup letak (taruk) harga untuk ibu kami. Kalau saya datang ke rumah kamu, kacau perempuan kamu, adakah kamu berdiam diri? Kamu pasti akan cincang saya!
Ini kerana sewaktu saya datang ke India, kamu tidak pernah cakap saya 'orang india'. Kamu cuma sebut 'Pendatang Malaysia, Pendatang Malaysia'! Jadi apa yang patut saya sebut kepada kamu? Patut saya gelar kamu PENDATANG INDIA!
Saya minta tolong dari kamu, baliklah ke negara asal kamu. Jangan tinggal di sini secara songsang. Tinggallah di negara kami mengikut prosedur undang-undang. Jika kamu buat betul-betul, kami akan sokong.
Dalam bahasa Tamil, ada banyak salah dan silap. Dengan itu saya minta maaf dengan kamu semua. Baliklah ke negara asal kamu. Jangan tinggal di sini lagi. Datang ke sini, tolonglah hormati undang-undang kami. Tinggallah secara sah. Mohonlah pas kerja, dan kerjalah di sini. Bila sudah cukup duit, pulanglah ke negara asal kamu.
Kamu berkahwin di sini dengan rakyat kami. Apabila sudah beranak, kamu tinggalkan isteri dan anak kamu. Berapa banyak anak yatim India yang tidak ada bapak di Sabah? Saya bukan anti INDIA, saya juga berketurunan India. Tetapi untuk pendatang haram India; saya adalah musuh mereka! Saya tahu, dengan berkata begini, maka nyawa saya terancam. Keselamatan saya tidak terjamin. Saya tidak kisah.
Bila saya datang ke negara kamu dahulu, banyak yang saya pelajari. Ini negara kami dan ramai pendatang haram India di Malaysia ini. 'Penjenayah India lebih dari atas langit!' Baliklah ke negara kamu. Jangan tinggal di negara kami.
Di negara kamu, jika ada orang kampung sebelah ingin berniaga di kampung kamu - itu pun kamu tidak benarkan walaupun dia itu orang negeri kamu. Kalau diaorang bangkang - kamu cakap "Oh! kamu dari kampung sebelah. Kamu tidak boleh berniaga di sini. Baliklah ke kampung kamu". Tetapi kamu datang ke negara kami, kamu rampas hak kami. Dari keuntungan itu, kamu hantar ke negara kamu dan kamu mahu kami tutup mulut. Apa kamu fikir kami rakyat Malaysia bodohkah?
Kamu boleh rasuah pegawai kerajaan, pihak polis dan sebagainya. Tetapi kamu tidak boleh beli segelintir rakyat Malaysia yang sayangkan negara mereka. Dalam segelintir itu, saya adalah seorang darinya. Saya tidak ada pangkat, tidak ada duit, apa pun saya tidak ada.
Waktu saya berniaga pun kamu datang mengganggu saya. Kamu kacau dan RAMPAS perniagaan saya. Kalau sebut Bahasa Melayu "Pendatang haram INDIA rampas hak saya". Maksud saya, pendatang haram India yang telah saya buat aduan telah rampas perniagaan saya sampai saya kosong! Kamu halau saya dari restoran saya! Kamu rampas semuanya! Dalam negara saya, saya telah jadi pelarian. Walaupun terjadi sebegini, saya tidak akan lepaskan kamu. Saya akan cari kamu satu-per-satu. Saya akan dapatkan kamu orang dan dapatkan hukuman untuk kamu!
Setiap pendatang haram India yang tengok ini mesti faham kesusahan perasaan saya. Ini bukan kepentingan atau cemburu. Ini adalah kasih sayang saya terhadap negara saya. Sayang ibu pertiwi saya.
Jangan kacau negara kami! Baliklah! Baliklah ke negara kamu kalau kamu ada maruah, ada malu, yang kamu dapat warganegara secara songsang, serahlah kewar-ganegaraan itu kepada Malaysia, minta maaf dengan kerajaan kami. Baliklah ke negara asal kamu. Kami hormati kamu. Kalau tidak kamu memang HINA!
Kalau kamu orang satu emak, satu bapak punya anak, serahlah kerakyatan palsu yang kamu miliki kepada kerajaan. Kalau tidak kamu memang keturunan anak haram. Dan mungkin bapa kamu ramai. Kami akan cari kamu dimanapun di dalam negara kami dan dapatkan hukuman untuk kamu. Bersedialah untuk tindakan selanjutnya!
SAMBUT AIDIL ADHA DALAM KEMISKINAN?

Oleh: MUTALIB M.D
PENGUMUMAN Bank Dunia bahawa Sabah merupakan negeri yang termiskin di Malaysia sudah cukup untuk memalukan semua makhluk termasuk saya, anda, Ketua Menteri Sabah dan juga Perdana Menteri Malaysia; alasannya amat mudah, kerana Sabah sebuah ‘Negara’ yang tidak mampu berdikari di Malaysia.
Kaedah mana yang diguna pakai Bank Dunia untuk mengukur darjah ‘pariah’ ‘Kemiskinan’ di Malaysia, tidak saya ketahui kerana saya bukan pakar ekonomi; namun pembangkang mengguna pakai kaedah ‘Sindirlogi’ untuk memperlekehkan usaha berterusan kerajaan membasmi kemiskinan sehingga menjadi ‘senda gurau’ di kalangan para pemimpin pembangkang; terutama sejak pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi lagi.
Ledakan ‘peluru’ politik ini yang dimuntahkan rentaka Bank Dunia, sekaligus mengenai ‘dada’ Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kerana Legasi Tun Razak di Sabah, FELDA, gagal membasmi kemiskinan; setelah Kerajaan Persekutuan menukar dasar FELDA daripada fungsi membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat kepada Dasar Pengkorporatan (mirip kemelaratan).
“Walaupun tahap telah menurun, kemiskinan tegar masih berlaku di Sabah Sabah mempunyai kira-kira 10 peratus daripada penduduk Malaysia tetapi lebih 40 peratus daripada penduduk miskin di Malaysia tinggal di Sabah,” kata Pengarah Sektor Pembangunan Insan Bank Dunia (Wilayah Asia Timur dan Pasifik), Emmanuel Jiminez ketika membentangkan Laporan Monitor Ekonomi Malaysia (MEM) baru-baru ini.
Tambah Jiminez, kebanyakan penduduk miskin di Malaysia ada di Sabah dan mereka tinggal di kawasan luar bandar (kebanyakannya daripada kumpulan) etnik Rungus, Suluk dan Orang Sungai; mengikut statistik, masih sangat tinggi.
Pengakuan Jiminez ini sebenarnya merupakan ‘senjata tidak kelihatan’ yang dilepaskan Bank Dunia tanpa sebarang amaran; bagaikan menikam Kerajaan BN daripada belakang, sedangkan maruah dan integrity peminjam adalah tanggung jawab Bank Dunia yang memberikan pinjaman.
Penganugerahan 254,410 ekar ‘Tanah Rakyat Sabah’ (TRS) termasuk ‘Tanah Adat’ di Semenanjung Dent secara percuma kepada FELDA pada 1979; tidak termasuk tanah yang ‘dirompak’ oleh Pegawai FELDA di Sahabat Pinggir dan Zon Keselamatan; bagaikan menyuap makanan ke mulut naga iaitu Bank Dunia!
Bagi membangunkan tanah berkenaan, Kerajaan Malaysia telah memohon pinjaman sejumlah USD 71.5 Juta atau RM185.9 juta (kadar 1988 RM2.60) secara jangka panjang selama 17 tahun; termasuk lima tahun masa senggang tanpa perlu membayar faedah pinjaman kepada International Bank For Reconstruction and Development (IBRD) dan mengenakan caj kadar keuntungan pinjaman sebanyak 25 peratus.
Kos keseluruhan untuk membangunkan Tanah Gugusan FELDA Sahabat pada 1988 sebanyak USD 216 juta yang masing-masing ditampung melalui biaya Kerajaan Persekutuan sejumlah USD 143.8 juta; Bank Dunia USD 71.5 juta; Kerajaan Negeri Sabah USD 0.2 juta dan UNDP sejumlah USD 0.5 juta.
Pinjaman tersebut tidak termasukUSD 12.0 juta untukmembiayai penanaman koko seluas 6,600 hektar (kos pembangunan sahaja, tidak termasuk penyelenggaraan) di Gugusan FELDA Sahabat.
Melalui pinjaman LN 3039-MA yang dimaterai pada 18 Julai 1989 dan ditandatangani oleh Regional Vice President IBRD Asia, Attila Karaosmanoglu dan Wakil Kerajaan Malaysia, Albert S. Talalla; Kerajaan Malaysia sudah sedar bahawa ‘bom jangka’ akan meledak pada bila-bila masa; namun pemimpin Malaysia terus terlena di bantal impian.
Ketika pinjaman diberikan Bank Dunia pada 1988, FELDA sudahpun memungkiri janji untuk membasmi kemiskinan dan menempatkan semula masyarakat kerana hanya 925 keluarga sahaja yang ditempatkan di Gugusan FELDA Sahabat berbanding 3,500 keluarga daripada jumlah penempatan yang disasarkan pada 1992.
Jumlah tersebut merupakan sebahagian daripada 111,728 keluarga yang ditempatkan di 441 tanah rancangan seluruh Malaysia dengan keluasan keseluruhan seluas 752,000 hektar.
Di Sabah, seluas 119,600 hektar (295,412 ekar) berdasarkan keluasan masing-masing FELDA Umas-Umas Tawau seluas 9,700 hektar (23,959), FELDA Kalabakan 6,900 hektar (17,043 ekar) dan FELDA Sahabat seluas 103,000 hektar (254,410 ekar) telah dibangunkan FELDA; lebih luas daripada Pulau Labuan yang menjadi punca kejatuhan Kerajaan Berjaya.
Dengan keluasan 254,410 ekar, Gugusan FELDA Sahabat dibahagikan kepada 13 kampung yang mengandungi 54 tanah rancangan dan ditukarkan kepada Sistem Estet FELDA pada Januari 1990; namun bilangan penerokanya tidak bertambah.
Mengikut rekod, Bank Dunia telah membiayai kesemua program FELDA sejak 1968 melalui lapan pinjaman jangka panjang. Oleh itu, Bank Dunia tidak keberatan apabila FELDA memulakan operasinya di Sabah pada 1979; dengan niat asal untuk memajukan 90,000 hektar ladang kelapa sawit dan menempatkan semula 12,700 keluarga di Gugusan FELDA Sahabat, Lahad Datu.
Pembangunan FELDA Sahabat bermula pada 1980 siap sepenuhnya pada 1990-an turut mensyaratkan pemuliharaan alam sekitar di Pusat Perlindungan Hidupan Liar Tabin seluas 120,500 hektar; Hutan Simpan Kulamba 20,700 hektar yang menjadi habitat semula jadi gajah pygmy dan badak sumbu.
Namun kejayaan FELDA ke pasaran Global menyebabkan mereka lupa tanggung jawab sosial mereka untuk membasmi kemiskinan dan menempatkan semula masyarakat miskin yang melukut di tepi gantang mereka.
Semua sungai tempat penduduk kampung mencari makan dan mendapatkan air bersih telah dicemar dengan pelbagai bahan buangan daripada Kilang Sawit FELDA sehingga mutu kehidupan mereka yang mewah sebelum ini bagaikan merempat di negeri sendiri.
Peluang kerja, peluang kontrak dan peluang berniaga dibolot oleh bukan Anak Negeri sehingga ‘Anak Di Pangkuan’ mati kelaparan kerana dasar yang tidak jelas dan digubal sendiri oleh Pegawai kanan FELDA sehingga gejala rasuah sudah membudaya dalam pentadbiran FELDA sejak 1988 lagi.
Menurut laporan tahunan 2009, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) seramai 700 penduduk kampung telah menyerbu mereka ketika sesi pertemuan dengan penduduk kampung di Dewan Masyarakat Tanjung Labian, terutama daripada Kampung Tegupi dan Lok Sambuang, Tungku.
Penduduk kampung tersebut menegaskan mereka telah tinggal di kampung tersebut sejak 1918 dan mendakwa FELDA telah menceroboh dan menanam lebih 17,000 ekar tanah adat mereka. Hanya 1,500 ekar sahaja yang berjaya dikembalikan setelah memperoleh geran, manakala bakinya masih belum dikembalikan sehinggi kini; sedangkan berstatus tanah adat yang tidak memerlukan geran.
Senario ini jelas menunjukkan seolah-olah Bank Dunia mengamalkan sikap ‘Pukul Anak Sindir Menantu’ kerana jika FELDA berjaya melaksanakan dasar penubuhannya, sudah pasti kemiskinan di Sabah pada taraf ‘ZERO’, mengulangi kecemerlangan di Zaman pemerintahan USNO dan BERJAYA.
Walaupun zaman tersebut digelar zaman ‘Zero-Zero’ atau zaman mencuri kayu balak, namun semua rakyat Sabah hidup aman damai, cukup makan pakai dan mempunyai peluang pekerjaan yang mudah membuat wang, hatta menjual ikan sekalipun kerana kuasa beli rakyat amat tinggi.
Rakyat yang sudah kaya dikayakan lagi dengan pelbagai Program Kemasyarakatan Yayasan Tun Mustapha (Yayasan Sabah) sehingga ditawarkan biasasiswa dan kemudahan asas pendidikan sebelum dimusnahkan kerajaan negeri berikutnya.
Zaman kegemilangan Sabah telah sirna bersama sejarah; namun hakikatnya ketidak cekapan menggunakan sumber manusia menjadi punca kemunduran Sabah terutama apabila ‘Warga Asing’ direkrut sebagai pengundi melalui ‘Skandal X-Files’ dan FELDA masih mengamalkan dasar memberi SUAKA kepada PATI sehingga kini.
Kekayaan Yayasan Sabah ketika itu mengatasi kekayaan FELDA Global sekarang kerana mempunyai kekayaan yang Infiniti. Hanya Tun Mustapha tahu jumlah sebenar kekayaan Yayasan Sabah. Menurut maklumat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia, sayap komersial FELDA, iaitu Felda Holdings Berhad hanya mencatat pendapatan sejumlah RM15.3 bilion dan keuntungan bersih sejumlah RM635.7 juta pada tahun kewangan 2008.
Pada masa yang sama, syarikat tersebut memiliki wang simpanan tetap sejumlah RM 1.4 bilion dan wang tunai serta simpanan bank sejumlah RM 222.7 juta pada akhir tahun 2008.
FELDA kini memiliki 850,000 hektar tanah tanaman, 38 buah anak syarikat, 75 buah kilang minyak kelapa sawit dan 7 buah kilang pengekstrak minyak kelapa sawit dan merupakan penanam dan pengurus tanaman yang terbesar di dunia.
Malah, FELDA menakluki 20% pasaran kelapa sawit di dunia. Secara puratanya, pendapatan FELDA mencecah RM15 bilion setahun dan memperolehi keuntungan sebelum cukai sebanyak RM1.3 bilion pada tahun 2008; jauh lebih rendah daripada kekayaan Yayasan Sabah jika diurus secara bestari.
Kini, FELDA merancang untuk mengembangkan sayapnya ke peringkat global mengikut jejak Petronas setelah FELDA Global Venture Holdings telah ditubuhkan untuk mengambil alih dan membangunkan perusahaan pelaburan komersial di bawah FELDA.
Malah, Felda Global telah mengumumkan kesediaannya untuk melabur lebih daripada RM 6 bilion untuk memperluaskan perusahaannya dalam masa lima tahun yang akan datang.
Namun daripada jumlah tersebut hanya RM50 juta sahaja yang didermakan kepada Kerajaan Negeri Sabah sebagai ‘saguhati’ daripada 254,410 ekar tanah yang diberikan secara percuma kepada FELDA. Tetapi tidak siapa yang tahu apa jadi kepada wang RM50 juta tersebut kerana tidak ada Nampak sebarang mercu tanda sedangkan tujuan saguhati tersebut untuk membina rumah PPRT dan PBR kepada Anak Negeri Sabah yang layak setelah rumah mereka yang dirobohkan dalam Ops Nyah II Bersepadu 2002 belum berganti.
Dalam kebangkitan rakyat Sabah memperjuangkan hak mereka ke atas tanah, Kerajaan Negeri Sabah telah berjaya menjinakkan mereka melalui pengeluaran ‘Geran Kommunal’ bagi kawasan seluas 10,000 hektar atau 24,700 ekar; merupakan geran yang pertama di Malaysia kepada lebih 1,700 penduduk di Tongod dan Kinabatangan, Sandakan.
Pengarah Jabatan Tanha dan Ukur, Datuk Osman Jamal memperakui sistem Geran Kommunal merupakan geran yang terbaik yang pernah diperkenalkan di Sabah dan julung kalinya di Malaysia kerana ciri-cirinya mampu mempertahankan Hak Asasi Anak Negeri Sabah.
Kumpulan pertama seramai 680 keluarga di Nabawan telah menerima geran berkenaan pada Jun 2009 dalam masa memproses paling singkat iaitu selama lima bulan sahaja.
Menurut Osman, sehingga April 2010, Kerajaan Negeri Sabah telah mengeluarkan 28,000 hektar Hutan Simpan tidak produktif sebagai Geran Kommunal termasuk di Hutan Simpan Sook dan Mandalom di Keningau bagi kawasan seluas 24,000 hektar yang melibatkan 28 buah kampung; 839 buah rumah dan 7,297 penduduk.
Dengan usaha mengeluarkan Geran Kommunal ini, dipercayai dapat menghalang Anak Negeri Sabah daripada menjual tanah meraka kepada orang lain seperti amalan lumrah sebelum ini. Kawasan yang begitu luas juga, memudahkan Kerajaan Negeri membangunkan tanah berkenaan dengan segala prasrana bagi menempatkan semula mereka.
Sebelum ini, seramai 1,400 ketua keluarga di Kampung Salarom Taka, Nabawan menerima Geran Kommunal bagi kawasan seluar 3,650 hektar (9,015 ekar) yang mewakili lebih 5,000 penduduk kampung yang terperangkap di dalam kawasan Hutan Simpan ketika kerajaan mewartakannya pada 1984.
Pakar Ekonomi percaya, jika pengurusan Geran Komunal ini berjaya dilaksanakan secara efektif, efisyen dan ekonomik, kadar kemiskinan semasa Sabah pada tahap 16 peratus akan lenyap dalam masa tiga hingga empat tahun kerana 1,400 penduduk miskin yang memiliki 3,650 hektar tanah iniakan memperoleh RM46 jutadaripada hasil penjualan buah sawit semasa; kira-kira RM2,716 sebulan bagi setiap keluarga, iaitu lima atau enam kali ganda daripada gaji minima.
Mengikut rancangan asal, Kerajaan Sabah akan memberikan kira-kira 12,000 hektar tanah kepada penduduk asal di luar kampung untuk melaksanakan projek pemilikansama tanah ini dan usaha masih giat dijalankan.
Persoalannya, bagaimanakah kerajaan Negeri Sabah akan mengeluarkan Sabah daripada ‘PENGHINAAN’ Bank Dunia ini dan menghilangkan ‘najis’ yang terpalit di muka kita ketika umat Islam di seluruh dunia menyambut Aidil Adha dengan menyembelih korban.
Apakah kita akan mengorbankan masa hadapan anak cucu kita dengan menyandarkan sebuah harapan palsu kepada FELDA untuk memulihkan keyakinan rakyat yang semakin sayang kepada Perdana Menteri Malaysia demi untuk menebus maruah kita di peringkat Global; dengan menolak ‘tohmahan’ dunia bahawa negeri kita termiskin di Malaysia?
LAHAD DATU SYURGA PATI?

LAHAD DATU merupakan Syurga Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan usaha kerajaan untuk menyelesaikan isu PATI ketinggalan zaman dan membazirkan wang rakyat kerana menggunakan mekanisme 1970-an untuk mengatasi masalah abad ke 21.
Penulis kontroversi Sabah, Mutalib M.D membuat tanggapan demikian ketika diminta mengulas jawapan Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur di Dewan Undangan Negeri Sabah yang mendedahkan hanya 16,359 PATI yang berjaya dicekup sepuluh bulan pertama 2010.
“Mereka masih menggunakan kapak untuk menebang balak ketika negara lain sudah menggunakan Skyline dan Heli Lumber,” ujar Mutalib yang menyifatkan Kerajaan Persekutuan gagal 100 peratus mengatasi masalah PATI di Sabah sejak 1970-an.
Negara yang menjadi punca masalah PATI kepada Sabah seperti Indonesia, kata Mutalib mengenakan hukuman penjara enam tahun dan denda yang tinggi kepada mereka yang didapati memasuki negara tersebut secara tidak sah, berbanding undang-undang Malaysia lazimnya hanya mengenakan hukuman maksimum enam bulan penjara dan denda maksimum 10,000.
Walaupun Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) yang dikuatkuasakan 1 Ogos 2002, menetapkan pendatang tanpa izin boleh hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya dan boleh disebat tidak melebihi enam kali, namun bukannya hukuman mandatori seperti yang diamalkan di Indonesia.
“Jika rakyat kita ditahan di Indonesia, kita terhegeh-hegeh membantu mereka sekalipun mereka memasuki Indonesia secara haram untuk melanggan pelacur atau menyeludup rokok. Ada yang telah kita lepaskan melalui jalan diplomatik dan ada juga banduan Indonesia yang telah menjadi wakil rakyat. Inilah wajah kita dalam menangani isu PATI,” ujar Mutalib yang menyifatkan kerajaan terlalu bertolak ansur atas prinsip semangat kejiranan.
Mutalib menegaskan, bukti ketara telah beliau jelaskan dalam hampir kesemuanya bukunya terutama IC PALSU Merampas Hak Anak Sabah; IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir; Pengundi Untuk Disewa dan 007-Lelaki Malaysia Terakhir, namun pihak berkuasa merabunkan mata mereka semata-mata kerana kebanyakan PATI mendapat suaka politik dan dilindungi Adun UMNO.
“Ramai antara mereka masih lagi menjadi Ketua Cawangan dan ahli UMNO dan bukti paling ketara ahli UMNO Silam paling ramai yang tidak boleh mengundi tetapi pemimpin UMNO enggan menyingkirkan mereka untuk ‘Fixed-Deposit’ politik, apatah lagi generasi kedua sudah mendapat kad pengenalan, sekalipun generasi pertama hanya memiliki ‘IC burung-burung’,” ujar Mutalib yang menyifatkan ramai pemimpin UMNO terpaksa menjadi penderhaka kepada negara demi survival politik mereka.
Jika UMNO menyediakan ‘Imunisasi’ kepada PATI dengan membenarkan mereka tinggal di Sabah atas semangat KeIslaman dan serumpun; dalam masa yang sama mereka memburu PATI seperti filem kartun Tommy & Jerry, maka isu ini tidak akan selesai sampai bila-bila.
“Sewajarnya Ketua UMNO Silam boleh ditangkap dan didakwa di Mahkamah kerana melindungi pendatang tanpa izin dan boleh didakwa mengikut Seksyen 56 (1) (d) di bawah Akta yang sama,” ujar Mutalib lagi.
Kewujudan Pasukan Petugas Khas Persekutuan (Task Force) hanya sekadar menjadi ‘Penyibuk’ di Sabah kerana pada dasarnya tidak mempunyai sebarang locus-standi kerana masih wujud secara ah-hoc dan bukannya pihak berkuasa yang diberi kuasa penguatkuasaan sehingga terpaksa menumpang kepada penguatkuasa undang-undang seperti Jabatan Imigresen.
“Task Force di Sabah dan Labuan wajar ditutup dan Jabatan Ketua Menteri wajar diberi kuasa mutlak untuk menguatkuasa Akta Imigresen secara total dengan kerjasama Jabatan Imigresen sejajar dengan pelaksanaan 20 Perkara,” kata Mutalib lagi.
Penubuhan lebih banyak Pusat Tahanan Sementara sebenarnya membebankan rakyat Malaysia dan pada pandangan Mutalib, penahanan ini mencabul hak asasi manusia kerana tidak mempunyai kemudahan asas yang mencukupi; sedangkan mengikut undang-undang hanya Jabatan Penjara yang boleh menyimpan seorang penjenayah di bawah kustodi mereka dan Pusat Tahanan Sementara bukanlah institusi penjara.
Tegas Mutalib, mengikut Sub-Seksyen (4) Kawalan Masuk Ke Dalam Malaysia (AKta Imigresen 1959/1963 Pindaan 1997), beban membuktikan bahawa seseorang itu memasuki Malaysia tanpa melanggar peruntukan subseksyen (1) hendaklah terletak ke atas orang itu, dan mana-mana pendakwaan terhadap suatu kesalahan di bawah Subseksyen (i), maka tidak perlu dinyatakan dalam suatu pertuduhan tentang tarikh, waktu, tempat atau cara kemasukan orang tersebut ke Malaysia atau cara-cara perjalanan yang digunakan bagi kemasukan itu dan pendakwaan tersebut boleh diadakan di mana-mana tempat di Malaysia.
“Oleh itu, saya hairan kenapa Task Force terus menyibuk dengan tugas Jabatan Imigresen dan tidak mempunyai keupayaan untuk mempercepatkan proses pendakwaan, terutama membawa hakim ke Pusat Tahanan atau mewujudkan Mahkamah Majistret di Pusat Tahan Sementara,” ujar Mutalib yang jengkel dengan sandiwara Task Force dan 60 Adun di Sabah yang enggan bersuara untuk menghantar pulang Task Force ke Semenanjung Malaysia kerana kes ini sinonim dengan isu Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah yang sudah gulung tikar.
Dalam pada itu, ketika menjawab soalan lisan, Datuk Louis Rampas (BN-Kiulu) mengenai jumlah PATI yang telah ditangkap mengikut pecahan negara asal mereka dan berapa banyakkah yang sudah dihantar pulang, Nasrun berkata, daripada jumlah 16,359 itu seramai 11,093 warga Filipina, 4,940 (Indonesia) manakala baki 326 terdiri daripada warga negara lain.
Nasrun berkata, dari Januari hingga Oktober lalu, seramai 11,310 PATI terdiri daripada 7,311 warga Filipina, 3,856 (Indonesia) dan 143 lain-lain negara dihantar pulang ke negara masing-masing selepas ditahan.
Beliau menambah, tahun lalu seramai 8,510 warga Filipina, 2,810 (Indonesia) dan 288 warga lain ditahan dan dihantar pulang.
SABAH NEGERI TERKAYA JIKA TIADA PATI?

RAJIN... Sedangkan orang Utan mampu menyara kehidupan mereka, apatah lagi orang yang sebenar?
Oleh: MUTALIB M.D
SEPANJANG minggu ini, saya banyak menerima email pro dan kontra daripada rakyat Sabah berhubung isu kemiskinan dan Bank Dunia yang ‘memiskinkan Sabah’ sebagai ulasan kepada artikel saya bertajuk ‘Sambut Aidil Adha Dalam Kemiskinan’ yang disiarkan pada 17 November 2010.
Saya membuat keputusan tidak akan menjawab semua email berkenaan tetapi akan merumuskan jawapan dalam artikel ini yang pada pandangan saya suatu fakta yang tidak dapat ditolak dengan akal bahawa tanpa PATI yang direkrut Kerajaan Persekutuan, Sabah adalah negeri yang terkaya di Malaysia.
Hakikatnya, pada 1970, Sabah merupakan negeri yang kedua terkaya di Malaysia, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perkapita di belakang Selangor (termasuk Kuala Lumpur). Walaupun ia kaya dengan sumber semula jadi, kini Sabah didakwa adalah negeri yang paling miskin di Malaysia kerana perkapitanya paling rendah berbanding kos hidup yang terlalu tinggi.
Setelah tiga dasawarsa, pada 2,000, tahap kemiskinan Sabah pada tahap 16 peratus dan merupakan tahap yang tertinggi di Malaysia kerana tiga kali purata nasional yang disumbangkan oleh kadar pengangguran Sabah tertinggi di Malaysia iaitu pada tahap 5.6 peratus dan hampir dua kali ganda purata pengangguran nasional (3.1 peratus).
Kini, 2010, Bank Dunia dengan ‘lunaknya’ mendakwa bahawa Sabah negeri yang pada dasarnya adalah ‘Negara dalam Negara’ lebih miskin daripada Perlis dan terus memecah rekod ‘Guinness World of Book Record’ sebagai ‘negara’ yang termiskin di dunia?
Bank Dunia boleh berkata apa sahaja, tetapi sebagai rakyat Sabah yang ‘bermaruah’ harus membela nama baik negeri mereka dan mengajar Kerajaan Persekutuan tentang hak yang dinafikan selama ini; terutama agehan kekayaan yang tidak seimbang setelah tarafnya sebagai ‘Negara’ diturunkan sebagai ‘Negeri’ yang mendapat peruntukan sama ‘ciput’ dengan Perlis.
Status ‘Yang Di Pertuan Negara’ yang dijenamakan semula sebagai ‘Yang Di Pertua Negeri’ menunjukkan Sabah telah kehilangan status Negara dan terpaksa melutut kepada Kerajaan Persekutuan kerana semua hasil cukai disedut masuk ke akaun ‘Hasil Yang Disatukan’ dan hanya menerima sekitar 5% sahaja, sekadar nyawa-nyawa ikan untuk membangunkan negeri yang dimungkiri janji ‘Sabah Baru’ pada 1994.
Sabah yang telah kehilangan hasil negeri akibat salah urus beberapa kerajaan negeri yang lalu, akhirnya terpaksa bergantung sepenuhnya kepada dana kerajaan Persekutuan untuk membangunkan prasarana sekalipun hanya sedikit sahaja disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Negeri Sabah kerana sejumlah besar dibelanjakan oleh sebuah kementerian yang mempunyai kuasa autonomi, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).
Namun kata pepatah, ‘hati gajah sama dilapah dan hati nyamuk sama dicecah’ tidak berlaku dalam hubungannya dengan Kerajaan Persekutuan yang masih curiga untuk membenarkan Sabah berdiri sebagai sebuah kuasa ‘autonomi’ sejajar menghormati Perjanjian 20 Perkara.
Setelah menjahanamkan politik Sabah dengan Projek X-Files ‘Pendatang Asing Tanpa Izin’ dengan merekrut lebih 322,903 warga Filipina, Indonesia, India, Pakistan sebagai ‘Pengundi Untuk Disewa’ dan diberi kerakyatan Malaysia melalui jalan songsang; kini jumlah mereka sudah terlalu mendominasi demografi Sabah seramai lebih 1.7 juta mendatangkan ancaman yang besar kepada Sabah, bahkan Malaysia.
Walaupun terpaksa berjuang secara berseorangan dan menerima kutukan pelbagai pihak, termasuk rakyat ‘tempatang’ yang ‘menjual’ agama mereka untuk menghalalkan saudara seagama daripada Indonesia, Filipina, Pakistan dan India; digertak dengan lebih 40 laporan polis serta ancaman untuk melucutkan keahlian saya sebagai ahli UMNO seumur hidup, namun saya percaya lebih sejuta rakyat tulen Sabah menyokong perjuangan saya, sekalipun tidak pernah menderma satu sen dibelah tujuh untuk membangunkan laman web www.sabahkini.net yang menjadi wadah perjuangan saya selama ini.
Sewajarnya Sabah yang merupakan ‘negeri’ kedua paling besar di Malaysia dengan keluasan tanah 73,610 km persegi kaya dengan sumber alam semulajadi seperti hutan, galian, fauna, flora hinggalah ke hidupan laut.
Namun kini tidak sampai 40 peratus tanah Sabah diliputi dengan hutan rimba kerana telah dibalak secara tidak terkawal di era Kerajaan USNO, Berjaya dan PBS dan sebahagian besar diteroka sebagai kawasan pertanian, termasuk Benta Wawasan menyebabkan Sabah kehilangan sejumlah besar hasil negeri kerana dasar mengurangkan kegiatan pembalakan dan proses penghutanan semula.
Ahli Sejarah dan Ahli Sosiologi terhandal di dunia sekalipun tidak dapat menyelesaikan misteri pertambahan penduduk Sabah kerana sejak 1963, populasi di Sarawak hanya meningkat sekaliganda, begitu juga di Semenanjung Malaysia.
Namun populasi di Sabah pula, meningkat secara mendadak iaitu dari 450,000 orang pada tahun 1963 kepada 3.28 juta orang pada tahun 2010 iaitu 5 kali ganda.
Sabah yang kini memperolehi pendapatan perkapita RM9,536 berada di bawah standard nasional. Namun dengan Pelancaran Model Economi Baru (NEM) boleh dipercayai boleh melonjakkan Sabah ke tahap yang lebih baik dengan Keluaran Negara Kasar (GDP) Sabah dijangkakan RM12,583, walaupun sekarang berada di tempat ke-13.
Saya agak sedih kerana Sarawak yang sebelum ini terketinggalan jauh di belakang ekonomi Sabah meninggalkan Sabah begitu jauh dengan KDNK sejumlah RM29,175 iaitu 2.5 kali ganda daripada Sabah dan berada di tempat ke-3.
Bagi memulihkan ekonomi Sabah dan mencapai tahap status Negara maju, Sabah perlu mencapai KDNK sebanyak RM57,135 dengan kadar pertumbuhan ekonomi sebanyak 10 peratus setahun.
Mengikut bancian 2010, penduduk Sabah kini seramai 3,271,921 dan 836,626 daripadanya adalah PATI!
Namun bancian tersebut gagal mengesan lebih daripada satu juta PATI yang mendapat suaka politik di dalam UMNO, di bekas perkampungan pelarian yang diwujudkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan bersembunyi di estet perladangan kelapa sawit milik GLC seperti FELDA, FELCRA, LKTNS dan syarikat Bursa Saham Kuala Lumpur seperti Kwantas, IOI, TSH dan sebagainya.
Memang agak sukar untuk mengakui bahawa masih ada rakyat tempatan miskin melainkan beberapa ratus orang yang menjadi mangsa diskriminasi kaum seperti Rungus di luar bandar yang langsung diabaikan kerana faktor lokaliti dan kecuaian Adun yang mewakili mereka.
Agak sukar untuk mencari orang susah kerana bancian yang dilakukan Pejabat Daerah lebih memihak kepada data palsu untuk kepentingan JKKK dan Ketua Kampung yang menyenaraikan suku sakat dan saudara mara mereka sebagai miskin kerana sukar mencari orang miskin di Sabah melainkan PATI yang mempunyai ‘IC Burung-Burung’.
Sedangkan ramai PATI yang tidak mempunyai dokumen tetapi rajin berusaha boleh mendapat antara RM200 hingga RM500 sehari daripada kegiatan menjual rokok haram, menyeludup barang dan mengedar syabu; sekalipun sentiasa diserbu pihak berkuasa. Bukan niat saya menggalakkan penularan jenayah, tetapi menunjukkan pelbagai peluang terbuka luas di Sabah, hatta menjual makanan di pasar malam.
Peniaga pasar malam di seluruh Sabah dikuasai oleh PATI yang mendapat kad pengenalan melalui pintu belakang dan ada juga yang tidak mempunyai dokumen tetapi sanggup menyewa daripada penduduk tempatan.
Namun tidak kurang juga PATI yang dijinakkan UMNO dan bersikap seperti ‘ayam karan’ dan hanya mengharapkan makanan yang ditabur pemimpin UMNO. Mereka inilah yang menjadi parasit dan memalukan Sabah dengan kemiskinan yang berganda kerana malas bekerja dan hanya mengharapkan ehsan wakil rakyat dan pemimpin politik yang menjadikan mereka ‘Fixed Deposit’.
Semalas-malas penduduk Pulau Jampiras, Sandakan yang diasingkan dan ‘dilatih sebagai mesin pembunuh’ mampu memiliki pendapatan antara RM3,000 hingga RM7,000 sebulan daripada kegiatan mereka dalam perniagaan ‘Tukar Barang’ yang penuh konspirasi.
Peluang yang terbuka di Sabah menarik lebih 1.7 juta PATI lalu bagaimanakah kita mahu mendakwa Sabah negeri miskin di Malaysia?
Para pemimpin Sabah harus bangun dan berani untuk berkata tidak kepada PATI yang menjadi liabiliti dan menyingkirkan mereka daripada bumi ini kerana jika tidak dikawal, mereka akan kehilangan pengaruh kerana kesetiaan pemegang kad pengenalan projek ini masih kepada Negara asal mereka sekalipun mula mahir menyanyikan lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku sebagaimana Namawee menyanyikan lagu Negaraku dalam versinya sendiri!
‘WIRA SABAH’ SERAH MEMO KEPADA ‘WIRA’ KDN

Oleh: MUTALIB M.D
‘WIRA SABAH’, nama jolokan yang diberikan oleh lebih 3,000 penduduk Sabah yang menghantar email melalui Sabahkini.net kepada Ahli Parlimen Malaysia (Tuaran) Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing (kiri), yang memuji keberanian beliau menerima cabaran Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein untuk mendedahkan bukti dakwaannya; telah menyerahkan bukti yang dijanjikan kepada Kementerian Dalam Negeri pagi tadi di Bangunan Parlimen.
Sejak Sabahkini.net mengeluarkan kenyataan Bumburing, ribuan email mencurah masuk ke email rasmi Sabahkini.net@gmail.com yang kebanyakannya memuji dan menghargai tindakan berani Bumburing menerima cabaran Hishamuddin yang gagal disambut oleh Ahli Parlimen Sabah sejak tiga dekad lalu; dengan memberi pelbagai gelaran kepada Bumburing termasuk 'Wira Sabah' dan 'Pahlawan Sabah Modern'; kerana keberaniannya menongkah arus.
Bumburing yang telah mengambil masa selama empat bulan untuk mengumpul bukti selepas menerima cabaran daripada Hishamuddin berhubung pertanyaan lisannya di Dewan Rakyat yang dikemukakan pada 16 Jun 2010; hari ini (16 Disember 2010) menyerahkan bukti pemberian kewarganegaraan Malaysia secara tidak sah melalui IC Projek, yang bertajuk ‘Memorandum Pembatalan IC Projek Milik Pati Di Sabah’.
Memorandum tersebut telah diserahkan kepada Timbalan Negeri Dalam Negeri, Dato Wira Abu Seman Yusof di Dewan Parlimen kerana Hishamuddin tidak dapat datang kerana ada urusan lain yang perlu diselesaikan.
“Saya sudah menunaikan tanggung jawab saya sebagai rakyat Sabah yang berbangsa Malaysia dengan menyerahkan memorandum ini dan saya harap agar KDN akan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah yang berlarutan selama 30 tahun demi kedaulatan Sabah dan kebaikan bersama,” ujar Bumburing yang berpuas hati dengan penerimaan Dato Wira Abu Seman terhadap memorandum yang beliau sampaikan.
Wawancara Khas Sabahkini.net dengan Bumburing akan disiarkan dalam masa terdekat setelah Bumburing membuat kenyataan akhbar di Sabah esok.
BUMBURING MENONGKAH ARUS MENENTANG PATI?

Oleh: MUTALIB M.D
EKORAN daripada cabaran Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein memintanya mengemukakan bukti sekiranya benar wujud pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah diberikan dokumen pengenalan diri Malaysia, Ahli Parlimen Malaysia (Tuaran) telah menerima cabaran tersebut dan mengotakan janjinya untuk mengemukakan bukti setelah menyerahkan ‘MemorandumPembatalan IC Projek (Sabah) Yang Diberikan Kepada PATI Melalui Skandal X-Files’ kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Wira Abu Seman Yusof pada 16 Disember 2010, genap enam bulan selepas cabaran diberikan.
Berikut adalah Wawancara Penuh Ketua Editor Sabahkini.net, Mutalib M.D dengan Ahli Parlimen Malaysia (P 170 Tuaran) yang diadakan di Bangunan Parlimen Malaysia pada 16 Disember 2010.
MUTALIB M.D: Selamat Petang Datuk Seri. Saya dimaklumkan sebentar tadi Datuk Seri telah menyampaikan Memorandum kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri selaras dengan janji Datuk Seri kepada Dato’ Seri Hishamuddin pada 16 Jun 2010. Kenapa Datuk Seri mengambil masa agak lama untuk mengemukakan bukti berkenaan.
BUMBURING: Ya selamat petang dan terima kasih kerana kesudian Sabahkini.net memfokuskan isu yang amat penting ini kepada Sabah dan rakyatnya sejak lebih 30 tahun lalu. Sebenarnya enam bulan bukanlah masa yang panjang untuk menghuraikan masalah dan mencari bukti bagi menyelesaikan isu yang telah berakar umbi selama lebih daripada tiga dekad. Setelah berbincang dengan Panel Peguam UPKO dan beberapa pakar rujuk, inilah salinan memorandum, sama seperti yang telah saya serahkan kepada Dato’ Wira Abu Seman kerana Menteri Dalam Negeri tidak dapat hadir (menyerahkan sesalinan memorandum setebal 122 muka surat untuk rujukan sepintas lalu).
MUTALIB M.D: Kenapa Datuk Seri namakan ‘Memorandum ini sebagai Memorandum Pembatalan IC Projek (Sabah) Yang Diberikan Kepada PATI Melalui Skandal X-Files’. Jika kerajaan sudah berikan, bagaimana mereka mahu membatalkan?
BUMBURING: Tajuk itu dipilih secara rigid dan itulah hasrat tulus dan sucihati semua rakyat Sabah agar Kerajaan Persekutuan membatalkan semua dokumen pengenalan diri yang diberikan secara tidak sah kepada PATI. Mengikut undang-undang dan hukum alam, jika mereka boleh memberi, maka mereka boleh membatalkannya. Kita harap agar Kerajaan Persekutuan dan Kabinet Malaysia tidak akan teragak-agak untuk membatalkan semua dokumen ini secara mandatori dan tidak berdalih lagi kerana segala bukti telah saya serahkan.
MUTALIB M.D: Datuk Seri menggunakan terma ‘Skandal X-Files’ iaitu sinonim yang saya gunakan dalam buku saya ‘007-Lelaki Malaysia Terakhir’; apakah maksudnya sama atau ada maksud lain?
BUMBURING: Ya, pandangan kita hampir sama tetapi ada perbezaan yang ketara dari segi makna dan tafsirannya. Skandal X-Files bagi saya merujuk kepada ‘Gerakan Subversif’ kumpulan tertentu, sama ada dengan arahan atau secara bersendirian; mempengaruhi pihak berkuasa (Perdana Menteri, Menteri atau Timbalan Menteri) untuk menjalankan gerakan secara besar-besaran; mengeluarkan kad pengenalan diri kepada warga asing yang boleh disewa untuk tujuan politik; tetapi menggunakan modus operandi yang bercanggah atau menyimpang daripada kehendak Perlembagaan Persekutuan, semata-mata untuk mendapatkan kuasa politik dan menjadikan PATI yang boleh mengundi (setelah memperolehi kad pengenalan atau dokumen pengenalan sementara) sebagai ‘Fixed Deposit’ sehingga menafikan hak Anak Negeri Sabah yang tulen.
‘Skandal X-Files’ ini lebih dasyhat daripada ‘Skandal Watergate’ yang pernah berlaku di Amerika kerana skandal di Malaysia ini melibatkan rahsia, maruah dan kedaulatan ngara dan isu ini bukan rahsia lagi setelah saudara dan rakyat Sabah yang lain telah membentangkan hujah berhubung isu ini dalam buku beberapa buah buku yang telah dicetak dan dijual kepada umum.
Memorandum ini melambangkan niat ikhlas, sucihati dan bersatupadu seluruh Warga Sabah terutama anak cucu kepada mereka yang telah memperjuangkan Kemerdekaan Sabah daripada British yang bersama-sama membentuk Persekutuan Malaysia, namun hak mereka sebagai pewaris telah dipinggirkan Kerajaan Barisan Nasional dengan merekrut warga asing sebagai ‘Anak Negeri’ dan ‘Pengundi’.”
MUTALIB M.D: Bukankah tindakan ini ibarat menongkah arus kerana Datuk Seri sebagai Ahli Parlimen yang mewakili BN dan tidakkah boleh dibincangkan di peringkat Jawatankuasa atau dibahaskan di Parlimen?
BUMBURING: Saya dan Ahli Parlimen (Sabah) sebelum ini telah cuba untuk mengetengahkan isu ini termasuk membuat usul dan pertanyaan lisan atau bertulis, namun kesuntukan masa dan halangan birokrasi menyebabkan isu ini terperam begitu lama di parlimen. Pertanyaan demi pertanyaan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat belum pernah dijawab secara saksama oleh Menteri Dalam Negeri; termasuklah pertanyaan Mantan Ahli Parlimen Malaysia (Tenom) Datuk Radin Malleh pada 14 November 1995 berhubung Ops Gembleng tidak pernah dijawab sehingga ke hari ini.
Sebagai Ahli Parlimen Malaysia, saya berhak untuk menyampaikan amanat rakyat Sabah kepada Kerajaan Persekutuan dan tidak terniat sama sekali untuk mengkritik atau menentang dasar Kerajaan Persekutuan.
Apa yang berlaku hanya penyalahgunaan kuasa di peringkat kementerian; seperti juga Skandal Pasport dan Pas Lawatan yang menggemparkan negara kita apabila Ketua Pengarah dan Timbalannya didakwa atas tuduhan rasuah. Bezanya, semua pegawai JPN yang terlibat dengan Ops Gembleng hanya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan rahsia tersebut terpendam begitu sahaja.
MUTALIB M.D: Apakah yang menyebabkan Datuk Seri terfikir untuk mengemukakan memorandum setebal 122 muka surat yang dilengkapi bukti kepada KDN sedangkan Ahli Parlimen sebelum ini hanya menghantar sekeping surat atau membahasnya secara terbuka tanpa menyentuh ‘rahsia besar’ yang cuba disembunyikan kerajaan selama ini?
BUMBURING: Saya membuat memorandum ini agar Kerajaan Malaysia membatalkan semua kad pengenalan projek yang telah diberi secara curang kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan generasi pertama, kedua dan seterusnya sejak 1972 sehingga kini kerana ia mencabul Kedaulatan Perlembagaan Persekutuan.
Saya berpendapat Kad Pengenalan biru yang menjadi asas kepada pemberian MyKad yang diproses oleh ‘Sindiket X-Files’ Kerajaan, sama ada dengan izin atau tanpa pengetahuan Kementerian Dalam Negeri atau Jabatan Pendaftaran Negara adalah mengancam keselamatan negara dan wajar dirampas daripada mereka untuk digantikan dengan dokumen pengenalan diri yang sesuai (kad pengenalan hijau atau merah-mengikut kesesuaian) bagi menjaga dan memperkasa Kedaulatan Malaysia.
MUTALIB M.D: Apakah asas untuk Datuk Seri membuat ‘pendakwaan’ terbuka terhadap Kerajaan Malaysia berhubung isu kad pengenalan palsu, projek atau dokumen pengenalan sementara yang Datuk Seri dakwa diberikan secara curang kepada PATI?
BUMBURING: Sebagai Penggubal Undang-Undang di Parlimen, saya berharap agar Kerajaan Persekutuan merujuk kepada Bahagian 3, Bab 1, Fasal 14, 15, 16, 18, 19 dan 22 Perlembagaan Persekutuan dan Instrument (Peraturan Pendaftaran) Jabatan Pendaftaran Negara dengan jelas menyebut cara Perolehan Kewarganegaraan. Oleh itu, sebarang penyimpangan atau pencabulan terhadap klausa dan fasal di atas bercanggah dengan Fasal 4 Perlembagaan Persekutuan yang menerangkan secara mutlak bahawa; “Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu.”
Pada pendapat saya, isu Kanun juga melibatkan 20 Perkara yang menjadi asas kepada Perjanjian Malaysia dan wajar dipatuhi semua pihak terutama Perkara 6 dan 10 yang menyentuh isu kuasa Imigresen dan Kerakyatan;
Point 6: Immigration:
Control over immigration into any part of Malaysia from outside should rest with the Central Government but entry into North Borneo should also require the approval of the State Government. The Federal Government should not be able to veto the entry of persons into North Borneo for State Government purposes except on strictly security grounds. North Borneo should have unfettered control over the movements of persons other than those in Federal Government employ from other parts of Malaysia into North Borneo.
Point 10: Citizenship
The recommendation in paragraph 148(k) of the Report of the Cobbold Commission should govern the citizenship rights in the Federation of North Borneo subject to the following amendments:
* a) sub-paragraph (i) should not contain the proviso as to five years residence
* b) in order to tie up with our law, sub-paragraph (ii)(a) should read “7 out of 10 years” instead of “8 out of 10 years”
* c) sub-paragraph (iii) should not contain any restriction tied to the citizenship of parents – a person born in North Borneo after Malaysia must be federal citizen[8]
Jika Perkara 6 (20 Perkara) masih diterima pakai sehingga kini, kenapa Perkara 10 tidak dikuatkuasakan? Cuba kita lihat betapa kukuhnya Perkara 6 daripada intipati 20 Perkara yang menjadi asas pembentukan Perlembagaan Malaysia.
Setiap ‘Orang Malaya’ (termasuk Perdana Menteri dan Menteri Kabinet) dikehendaki dari segi undang-undang untuk mengisi borang khas IMM 114-Pindaan 1/86 ketika memasuki Sabah melalui pintu imigresen yang sah.
Ini menandakan Sabah mempunyai ‘Dasar Imigresen’ yang tersendiri. Sekiranya mereka tidak mahu mengisi borang ini, maka mereka hendaklah menunjukkan Pasport Antarabangsa Malaysia atau Pasport Terhad untuk dicop sebagai kebenaran memasuki Sabah secara sah. Pemegang pas masuk ini hanya boleh tinggal selama 3 bulan di Sabah sekalipun beliau rakyat Malaysia.
MUTALIB M.D: Boleh Datuk Seri ceritakan latar belakang isu kerakyatan songsang yang dimaksudkan agar rakyat Sabah termasuk Adun dan Ahli Parlimen lebih faham?
BUMBURING: Isu ‘Kerakyatan Songsang’ di Sabah telah menjadi ‘Open Secret’, bukan sahaja di kedai kopi malah telah dibahaskan secara meluas, bukan sahaja di media masa, Dewan Undangan Negeri Sabah dan Dewan Parlimen; malah ke Pejabat Perdana Menteri Malaysia dan Istana Negara.
Sekalipun dibuat secara terancang melalui ‘Skandal X-Files’ untuk tujuan politik bagi meramaikan pengundi dalam usaha melakukan ‘Coup De-taat’ (Kudita atau rampasan kuasa) politik daripada rakyat tulen Sabah; namun kecintaan terhadap ibu pertiwi, rakyat Sabah menyuarakan keluhan mereka melalui Adun dan Ahli Parlimen, termasuk saya.
Senario ini menampakkan kebimbangan mereka terhadap ‘Virus PATI’ yang disuntik ke dalam sistem sosial di Sabah (kini menjalar ke seluruh Malaysia); sehingga berlaku perampasan hak mutlak mereka iaitu ‘kuasa undi’ yang berkuasa menentukan atau menjatuhkan kerajaan yang mereka pilih.
Walaupun tidak ada angka rasmi yang dapat diberikan, namun jumlah mereka kini sudah melebihi sejuta orang kerana berdasarkan jumlah kad pengenalan biru yang dikeluarkan kepada PATI sebanyak 322,903 dengan anggaran kasar setiap seorang daripada mereka memperolehi empat orang anak sejak memperoleh kerakyatan songsang.
Jumlah ini tidak termasuk mereka yang datang secara sah, tetapi tinggal di negara ini secara tidak sah setelah pas lawatan mereka tamat tempoh dan bersembunyi di koloni setinggan dan di kampung terpencil atau di pinggir bandar dengan menumpang di rumah saudara mara mereka yang telah mendapat ‘Suaka’ politik.
Ketidak cekapan sistem pemantauan kerajaan menyebabkan jumlah mereka semakin ramai dan boleh mengancam keselamatan negara.
MUTALIB M.D: Bukankah Menteri Dalam Negeri telah menafikan isu yang Datuk Seri bangkitkan di Dewan Rakyat pada 16 Jun 2010 berhubung kenyataan Jabatan Pendaftaran Negara yang mengesahkan bahawa ‘tiada MyKad telah diberi kepada pendatang haram atau orang yang tidak mempunyai status warganegara. Kerajaan hanya mengeluarkan Kad Pengenalan MyKad kepada warganegara yang layak mengikut peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990, Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) dan Perlembagaan Persekutuan. Jadi kenapa Datuk Seri mengemukakan memorandum kepada Menteri Dalam Negeri?
BUMBURING: Sejajar dengan pelawaan Menteri Dalam Negeri ketika menjawab soalan lisan saya untuk mengemukakan bukti bahawa beribu-ribu pendatang haram di Sabah yang dikeluarkan MyKad dan memberi maklumat-maklumat lengkap terus kepada beliau untuk disiasat dan diambil tindakan tegas terhadap pegawai-pegawai yang dimaksudkan.
Berlandaskan Prinsip ‘Natural Justice’ yang diselaraskan dengan jaminan hak asasi sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, maka sebagai Ahli Parlimen Malaysia (Tuaran), saya mengemukakan memorandum ini untuk pertimbangan saksama dan penyelesaian khusus ‘Kerajaan Malaysia’ melalui Kementerian Dalam Negeri berdasarkan bukti yang dihuraikan secara ringkas dalam memorandum ini.
MUTALIB M.D: Bolehkah Datuk Seri ceritakan serba ringkas berhubung kerakyatan songsang yang berlaku di Sabah dan apakah bukti yang Datuk Seri ada untuk mengesahkan kejadian subversif ini?
BUMBURING: Seperti yang saudara tahu, isu kerakyatan songsang ini bermula sejak 1972, namun hanya pada 1999, wujud bukti bertulis yang dihasilkan rakyat Sabah kerana mereka begitu serius mengkaji dan mengumpul bukti ‘Skandal X-Files’ yang berlaku di Sabah selama ini, namun dinafikan Kerajaan Barisan Nasional.
Dakwaan paling berasas adalah buku yang saudara tulis termasuk ‘IC Palsu Merampas Hak Anak Sabah’ pada 1999 dan diikuti dengan buku ‘Pengundi Untuk Disewa’ yang diterbitkan sekitar November 1999; serta buku ‘IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir’ yang diterbitkan pada Disember 2006; ‘007-Lelaki Malaysia Terakhir’ yang diterbitkan pada 2007.
Mantan Tahanan ISA, Datuk Dr Jeffrey Kitingan juga telah menerbitkan buku ‘Justice For Sabah’; Aktivis Masyarakat, Dr Chong Eng Leong pula menghasilkan buku ‘Lest We Forget’ dan Mantan Ahli Parlimen Malaysia (Tuaran), Datuk Wilfred Madius Tangau juga menerbitkan kompilasi ucapan beliau berhubung PATI iaitu ‘Suara Parlimen Anda.’
Kesemua buku ini adalah rakaman peristiwa sebenar daripada apa yang berlaku di Sabah sejak 1972 hingga kini kerana dipercayai Sindiket Kad Pengenalan Projek masih berleluasa di Sabah melalui beberapa modus operandi.
Sekalipun sekatan dan pemantauan dilakukan; namun agitasi politik menyebabkan isu ini tidak dapat dipadam dengan mudah kerana ‘Api Kemarahan’ sudah merebak ke relung hati rakyat tulen Sabah yang marah dan menyimpan dendam kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Barisan Nasional.
Istilah ‘Fixed Deposit’ yang diguna pakai pemimpin Persekutuan setiap kali berucap di Sabah menambah garam ke luka di hati rakyat yang semakin bernanah kerana istilah tersebut merujuk kepada ‘penyokong tegar’ Barisan Nasional yang terdiri daripada PATI yang memperoleh kerakyatan secara songsang; yang dijadikan modal setiap parti politik di Sabah untuk meraih sokongan rakyat tempatan.
Bagi majoriti rakyat tulen Sabah, termasuk saya sendiri; sebagai seorang penggubal undang-undang merasa malu apabila isu ini ditimbulkan berulang kali di Dewan Undangan Negeri, Dewan Negara dan Dewan Parlimen; namun tidak ada sebarang penyelesaian dibuat oleh Kerajaan Persekutuan yang telah berjanji untuk menjaga Kedaulatan dan Keselamatan Sabah di dalam Persekutuan Malaysia.
Saya ingin mengitar semula beberapa bukti penting yang diberi nafas baru dan mengemukakan beberapa bukti baru yang mengesahkan bahawa dakwaan Kerajaan Persekutuan menanam ‘bom jangka’ di Sabah memang benar iaitu melalui kehadiran lebih SATU JUTA PATI yang ditulenkan melalui penganugerahan kad pengenalan projek yang mempunyai nombor siri tertentu.
Faktor angka bukanlah isu penting, tetapi ketegasan, ketelusan, ketulusan dan keikhlasan Menteri Dalam Negeri membantu rakyat Sabah menyelesaikan isu yang berlarutan sejak lebih tiga dekad lalu, yang bukan sahaja diabaikan, malah dibiarkan berleluasa oleh beberapa Menteri Dalam Negeri yang lalu; amat diharap dan dialu-alukan oleh seluruh rakyat Sabah yang cintakan keamanan dan bangga menjadi Rakyat Malaysia dan ingin terus menyokong Kerajaan Barisan Nasional.
MUTALIB M.D: Bukankah kesemua bukti yang Datuk Seri nyatakan tadi tidak diiktiraf oleh Kerajaan Persekutuan dan tidak mampu berinteraksi dengan Menteri Dalam Negeri untuk menjawab apa juga kemusykilan. Apakah ada bukti lain yang lebih dominan?
BUMBURING: Memang Ada. Setelah saya dan jentera pentadbiran saya menjalankan kajian di seluruh Sabah, dengan sokongan dan dukungan ramai NGO dan orang perseorangan, saya ingin mengemukakan bukti sah kewujudan PATI dan bukti PATI memiliki kad pengenalan Malaysia melalui jalan songsang.
Sekalipun Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Integriti telah mengadakan siasatan awal dengan memanggil beberapa pihak (termasuk saudara) untuk memberi keterangan, namun mereka tidak mempunyai Locus-standi dan status-quo untuk mengambil tindakan menurut lunas undang-undang.
Bukti yang dikemukakan bersama ini adalah ‘Tips of Iceberg’ yang boleh diguna pakai oleh KDN untuk menjalankan siasatan terperinci dan mendakwa dalang di sebalik ‘Sindiket X-Files’ ini menurut undang-undang sebagaimana yang dijanjikan Menteri Dalam Negeri melalui jawapan pertanyaan lisan di Parlimen.
Semua salinan dokumen yang disertakan bukanlah rahsia bagi rakyat Sabah yang setiap hari hidup dalam keadaan ketakutan kerana sentiasa dibayangi PATI yang bersikap rakus dan ganas sekalipun telah diberi peluang menjadi rakyat Sabah (Malaysia) melalui pemberian kad pengenalan yang mempunyai huruf keramat ‘H’.
Sabah yang menjadi sasaran ‘Skandal X-Files’ terpaksa menanggung beban sosial, ekonomi dan politik secara bersendirian kerana hanya Sabah menjadi sasaran ‘Tokoh Politik’ Nasional yang ingin merampas kuasa rakyat dan mengekalkan kuasa selagi terdaya sehingga enggan mendengar keluhan rakyat Sabah yang disampaikan melalui Ahli Parlimen di Dewan Rakyat sejak 1972 lagi.
Lanjutan daripada hasrat melambung rakyat Sabah, saya menerima cabaran Menteri Dalam Negeri dan ingin mengemukakan bukti yang boleh dijadikan rujukan untuk mencari formula yang berkesan bagi menangani masalah kerakyatan songsang di Sabah yang didakwa melibatkan campurtangan Menteri dan Timbalan Menteri Dalam Negeri sebelum ini.
Saya bersedia membawa salah seorang daripada 15 Mantan Pegawai Jabatan Pendaftaran Sabah, Yakub Damsah, yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang sebelum ini memberi keterangan di dalam buku saudara, ‘007-Lelaki Malaysia Terakhir’ kerana rakyat mempercayai dalilnya.
Yakub bersedia menjadi saksi dan memberi keterangan di Parlimen atau di Mahkamah Undang-Undang berhubung dakwaannya bahawa Jabatan Pendaftaran Negara Sabah terlibat mengeluarkan ratusan ribu kad pengenalan projek kepada PATI di Sabah sekitar 1991 sehingga 1994.
Sebagai bekas pegawai kerajaan, Yakub mendakwa Kerajaan Persekutuan menjadikan mereka kambing hitam untuk menghalalkan ‘jenayah’ yang dilakukan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Allahyarham Dato’ Seri Megat Junid Megat Ayub.
Yakub mendakwa bahawa mereka telah dikerah untuk mengeluarkan ratusan ribu kad pengenalan biru melalui misi khas namun tidak tahu kepada siapa kad pengenalan biru yang mereka tandatangani diberikan.
Selain Yakub, Mantan Tahanan ISA, Haji Jabar Khan Napi @ Yasser Arafat juga bersedia memberi keterangan; sekalipun Jabar telah memberi keterangan di hadapan ‘Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Integriti’ yang dipengerusikan Tan Sri Bernard Dompok pada 26 Februari 2007 di Dewan Parlimen.
Manakala, 14 orang lagi mantan Pegawai Pendaftaran Negara yang dilucutkan jawatan selepas dibebaskan daripada tahanan ISA juga bersedia memberi keterangan jika diperlukan atau mereka boleh disapena jika KDN benar-benar ingin menyelesaikan masalah ini dengan memanggil mereka yang terdiri daripada;
01)Hamzah Tim
02)Asli Sidup
03)Balasius Balajin
04)Mohd Tohid Mohamad
05)Mohd Nasir Sungip
06)Ibnu Ham Tajur Arifin
07)Ishak Yusof Apok
08)Azmi Karim
09)Juliah Damsah
10)Mohd Razali Samin
11)Jumahat Taripin
12)Abdul Rauf Sani
13)Zakaria Ahmad
14)Kee Dzulkifly Kee Abdul Jalil
Saksi bergerak (15 bekas pegawai JPN) yang boleh bercakap ini lebih baik daripada semua dokumen yang dipaparkan di dalam semua buku yang dihasilkan para penulis di Sabah kerana boleh berinteraksi secara bebas dan boleh mengemukakan alibi yang melampaui keraguan munasabah.
MUTALIB M.D: Selain Yakub dan 14 bekas Pegawai JPN, siapakah lagi yang boleh memberikan bukti berasaskan peruntukan undang-undang?
BUMBURING: Saya telah menghubungi Mantan Ketua Daerah Sandakan dan Mantan Tahanan ISA, OKK Hassnar MP Ebrahim, namun beliau hanya bersedia mendedahkan ‘Skandal X-Files’ di mahkamah kerana beliau pernah menolak apabila dijemput oleh Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Integriti kerana beranggapan sebagai ‘membuang masa’ disebabkan tidak yakin dengan kredibiliti jawatankuasa khas berkenaan yang tidak mempunyai Locus-Standi.
Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 1999, Hassnar mendedahkan bahawa beliau telah diarah oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh menemui Datuk Megat Junid Megat Ayub untuk mengambil borang memproses kad pengenalan untuk merekrut warga asing Filipina dan Indonesia dengan tujuan untuk meramaikan pengundi Islam setelah Harris membayar sejumlah RM2 juta kepada Megat Junid untuk tujuan berkenaan.
Hassnar turut mengulangi dakwaannya dalam buku saudara, ‘007-Lelaki Malaysia Terakhir’ di halaman 435, bahawa beliau sangat berharap agar dakwaannya bahawa isteri Mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Hassan Alban Sandukong yang bernama Datin Nurfideri sebagai ‘Datin Pendatang Haram’ dapat disiasat dan diambil tindakan sewajarnya.
MUTALIB M.D: Selain daripada saksi-saksi yang Datuk Seri sebut tadi, siapakah lagi yang bersedia memberi keterangan jika diminta KDN?
BUMBURING:Saya tertarik dengan pendedahan seorang saksi daripada Telupid iaitu Kamaruddin Omar yang telah mendakwa bahawa Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim (DPIM) yang diketuai oleh Datuk Baisul Khan Salman Faris menjadi Pusat Merekrut Pendatang Haram India melalui sebuah sindiket yang mempunyai hubungan rapat dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen Sabah.
Saya telah berjaya menghubungi Kamaruddin dan beliau bersetuju untuk memberi keterangan serta bukti bahawa ramai PATI India memperolehi kad pengenalan projek, termasuklah Setiausaha Agung DPIM, Mohd Ansar Maidin memperoleh kad pengenalan melalui kaedah pendaftaran lewat surat lahir dengan memalsukan keterangan dirinya membuka dimensi baru.
Selama ini modus operandinya hanya tertumpu kepada Surat Akuan dan penyalahgunaan Borang Persatuan seperti Pekida dan Persatuan Kebangsaan Bugis Sabah (PKBS) sebagai modus operandi untuk mendapatkan kad pengenalan Sabah.Kata Kamaruddin, Mohd Ansar Maidin (pemegang pasport India) ialah bekas pekerjanya (sebagai pembuat roti canai) di sebuah restoran di Papar.
Kamaruddin sedia memberi keterangan di Parlimen atau Mahkamah dan mendakwa boleh mengenali lebih daripada 80 peratus India yang berada di Sabah adalah Pendatang Haram India yang mendapat kad pengenalan melalui DPIM dan modus operandi lain.
Selain, Kamaruddin, seorang bekas Tahanan ISA, Mohd Kasir Abdulini merupakan Bugis yang berasal daripada Indonesia dan mendapat kad pengenalan melalui jalan songsang dan telah menjadi salah seorang ‘Watak’ penting untuk merekrut PATI melalui modus operandi Persatuan Kebangsaan Bugis Bersatu (PKBS). Beliau turut diberkas dan ditahan di bawah ISA bersama 24 orang awam lain yang terlibat dengan ‘Skandal X-Files’.
Melalui Modus Operandi tersebut, mereka menggunakan borang keahlian PKBS ini, mereka mengambil cap jari dan gambar semua PATI untuk dibuatkan kad pengenalan biru; sedangkan di bawah Akta Pertubuhan 1960 semua persatuan dilarang menggunakan borang yang mengambil cap jari ahli untuk sebarang tujuan.
Pada mulanya hanya untuk PATI Indonesia, namun akhirnya semua PATI termasuk INDIA dan PAKISTAN juga menggunakan borang PKBS untuk mendapatkan kad pengenalan biru. Kasir menyimpan puluhan ribu data PATI yang telah mendapat kad pengenalan biru melalui beliau dan sebahagiannya ada dipaparkan dalam memorandum ini.
Ramai di antara mereka yang mendapat kad pengenalan biru melalui Modus Operandi ini sudah menjadi jutawan dan ahli politik terkenal di Sabah; sehingga mereka berjaya menubuhkan cawangan UMNO, menjadi Ketua Cawangan, AJK Bahagian; malah ada yang sudah menjadi Adun.
MUTALIB M.D: Kesemua saksi yang Datuk Seri nyatakan tadi hanyalah orang awam atau bekas pegawai atau mereka yang tidak mempunyai bidangkuasa atau locus-standi untuk menentusahkan sesuatu dokumen. Adakah saksi lain yang boleh dipercayai boleh memberi keterangan bahawa Virus PATI begitu meruncing di Sabah.
BUMBURING: Saya rasa semua pegawai penguatkuasa boleh dijadikan saksi untuk memberikan keterangan bersumpah terutama seorang pegawai Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia yang telah membuat laporan polis berhubung tangkapan yang telah mereka buat terutama yang telah dibebaskan Jabatan Imigresen Malaysia tanpa didakwa di mahkamah.
Kebanyakan PATI yang ditangkap APMM menggunakan dokumen palsu dan dokumen yang dikeluarkan Ketua Kampung atau Pengerusi JKKK atau Ketua Anak Negeri yang memberikan pelbagai pengesahan dengan bayaran tertentu. Ramai di antara yang diberkas APMM menunjukkan dokumen daripada Unit Penempatan Jabatan Ketua Menteri Sabah, sedangkan unit berkenaan bukanlah Jabatan Imigresen. Ada di antara mereka menggunakan surat pengesahan tersebut selama berpuluh tahun. Apabila tertangkap, mereka dibebaskan dengan syarat sanggup membayar sejumlah wang
MUTALIB M.D: Bagaimana pula di pihak Kerajaan Negeri Sabah. Adakah Datuk Seri akan memanggil mereka untuk memberi keterangan atau membantu Datuk Seri menonjolkan bukti yang diperlukan untuk menyokong dakwaan Datuk Seri?
BUMBURING: Jika KDN benar-benar ini menyelesaikan isu pemberian PR kepada pelarian Filipina di Sabah, mereka wajar memanggil salah seorang menteri kabinet Sabah iaitu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Ewon Ebin untuk memberi keterangan kerana Kabinet Sabah membantah pemberian MyPR kepada pelarian Filipina di Sabah yang sebelum ini memegang IMM13.
Dalam kenyataan akhbarnya di Utusan Borneo (Sabah), pada 3 September 2007, Ewon meminta agar rakyat Sabah tidak perlu risau berhubung dakwaan pembangkang bahawa pemberian taraf penduduk tetap (PR) kepada pemegang IMM13 disokong Kerajaan.
Kata Ewon, Kabinet Negeri Sabah dan Kerajaan Barisan Nasional (BN) Sabah yang diterajui Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Haji Aman telah membantah cadangan Kerajaan Persekutuan mem-berikan taraf PR itu.
"Dakwaan pembangkang hanya merupakan dakyah politik yang sengaja dibesar-besarkan semata-mata menarik perhatian rakyat agar membenci kerajaan yang memerintah, apa lagi pada saat menjelang pilihanraya," kata Ewon.
Menurut Ewon, jika Kerajaan Sabah menentang pemberian PR kepada pelarian, maka apa lagi yang perlu dirisaukan kerana kerajaanlah yang berhak dan perlu didengar untuk menangani masalah tersebut.
Keterangan Adun Paginatan ini bercanggah dengan apa yang berlaku sekarang kerana puluhan ribu pemegang IMM13 telah mendapat atau diberikan MyPR yang membolehkan mereka menetap di Sabah secara bebas kerana sebelum ini mereka perlu memperbaharui IMM13 mereka setiap tahun. Apa terjadi dengan IMM13 mereka?
MUTALIB M.D: Ada siapa lagi atau dokumen yang Datuk Seri ingin tunjukkan bagi membuktikan bukti wujudnya PATI yang mendapat MyKad atau dokumen pengenalan diri Malaysia secara tidak sah?
BUMBURING: Semua dokumen atau bukti ada dalam Memorandum ini tetapi banyak yang sulit dan tidak dapat disiarkan kerana melibatkan isu keselamatan dan kedaulatan. Namun ramai saksi lain dan bukti lain yang boleh didedahkan; terutama mereka yang disyaki memegang dokumen palsu atau projek berkenaan untuk menjawat pelbagai jawatan termasuk Adun. Sebelum ini dua orang PATI Filipina tampil dan membuat pengakuan bahawa mereka memang PATI dan mendapat kad pengenalan projek iaitu Fuad Arif dan Tamskie A Said.
Saya ingin tegaskan bahawa masih ramai PATI di Sabah yang menggunakan dokumen Unit Penempatan JKM, IMM13 palsu dan MyPR palsu yang didalangi sindiket, sekali bukan pada skala besar seperti di era 90-an. Keadaan lebih parah ketika pilihanraya kerana ramai PATI turun atau diupah untuk membuang undi menggunakan resit kad pengenalan sementara atau MyKad yang hanya dikhususkan untuk mengundi. Ramai daripada mereka mengundi lebih daripada sekali di tempat yang sama atau berasingan dengan menggunakan kad pengenalan yang berlainan.
Sebagai contoh, Mohd Hassan Ambotuo yang dilantik menjadi Ketua Kampung Sinar Baru, Sandakan merupakan PATI daripada Indonesia yang sebelum ini bekerja di kem pembalakan. Nama sebenarnya Lahassan Bin Cupak iaitu nama dalam pasport asal dan Kartu Tetap Penduduk Indonesia. Pada 1984 mendapat kad pengenalan H0327140 tetapi berkongsi dengan orang lain sebelum mendapat MyKad 430204-12-5295 yang digunakan untuk menjadi Ketua Kampung.
MUTALIB M.D: Ketika menjalankan kajian, adakah Datuk Seri sedar bahawa banyak Pusat Penempatan Pelarian Filipina yang ditinggalkan UNHCR telah digunakan sebagai Kampung yang dilengkapkan dengan segala prasarana oleh Kerajaan BN dan kebanyakan bekas pelarian masih menetap di kampung berkenaan.
BUMBURING: Mengikut rekod tidak rasmi seramai 60,000 pelarian masih berada di Sabah, namun jumlah mereka semakin bertambah sekalipun ramai di antara mereka yang telah memiliki MyKad. Pasukan Petugas Khas Persekutuan mengadakan banci setiap tahun sekalipun penduduk di kampung pelarian tidak lagi menggunakan IMM13.
Kebanyakan bekas pelarian Filipina ini masih tinggal di Pusat Penempatan Pelarian yang pernah dibina oleh UNHCR sekalipun mereka mempunyai kad pengenalan merah (MyPR) dan MyKad.
Saya agak terkejut kerana di setiap rumah bekas pelarian ini terdapat kertas banci Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah dan Labuan (Task Force) sedangkan kesemua mereka telah memiliki MyKad atau MyPR, baik melalui saluran sah atau jalan songsang. Kenapa Task Force masih mahu banci sedangkan mereka sudah mendapat kad pengenalan, melainkan IMM13 yang mereka miliki sebelum ini telah digantikan dengan penama baru seperti yang didakwa ramai pihak.
MUTALIB M.D: Semasa Datuk Seri dan pembantu menjalankan kajian, adakah pernah bertemu dengan sesuatu senario yang membahayakan keselamatan awam dan memudaratkan kedaulatan Sabah?
BUMBURING: Memang tidak dinafikan kami berhadapan dengan pelbagai masalah di kawasan setinggan yang dihuni PATI kerana mereka was-was untuk memberikan kerjasama dan kebanyakannya dikuasai pengedar dadah dan penyeludup seolah-olah kawasan tersebut bukan terletak di Sabah kerana tiada penguatkuasaan. Syabu dan dadah serta rokok haram dijual secara terbuka. Orang saya mengalami kesukaran untuk memasuki Pulau Jampiras yang dihuni oleh bekas pejuang Moro kerana kebanyakan mereka bersenjata automatik dan seolah-olah berada di negara asal mereka. Anehnya mereka memiliki MyKad dan bebas keluar masuk ke Sabah, hatta ke Semenanjung Malaysia tanpa pemeriksaan Imigresen. Sungguh istimewa.
Mengikut maklumat yang saya terima, Kerajaan Persekutuan telah mengumpul pejuang MORO di Pulau Jampiras, Sandakan untuk dilatih dan dihantar kembali ke negara mereka untuk memperjuangkan autonomi di Selatan Filipina. Namun sehingga kini mereka masih berada di Jampiras dan diberikan kad pengenalan projek. Bagaimana nasib generasi kita kelak kerana mereka bersenjata sedangkan kita hanya berbangga dengan gelaran ‘Anak Negeri’?
MUTALIB M.D: Apakah kesan jangka panjang kehadiran PATI dan apa yang telah dilakukan rakyat Sabah selama ini untuk menampan ledakan PATI yang semakin membimbangkan?
BUMBURING: Selama ini, rakyat Sabah, tanpa mengira fahaman politik, suku kaum atau anutan agama sentiasa berganding bahu memerangi Gejala PATI yang bermaharaja lela di Sabah, daripada protes lisan atau menghantar memorandum bertulis kepada Kerajaan, termasuk ke bawah DYMM Yang DiPertuan Agong.
Protes senyap ini menunjukkan rakyat sudah muak dengan janji Kerajaan Persekutuan untuk mengatasi Isu PATI di Sabah yang telah berlanjutan selama tiga dekad sehingga memaksa seorang akauntan, Joshua Kong menjadi NGO yang aktif memperjuangkan kepentingan rakyat Sabah dengan memakai selendang yang bertulis ‘Illegal Government Must Go’, iaitu merujuk kepada tindakan menggunakan PATI sebagai pengundi!
Cabaran paling besar ialah generasi baru PATI yang dilahirkan di Sabah yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, tanpa pendidikan dan terbiar merupakan bom jangka yang akan meletup pada bila-bila masa, terutama setelah mereka membesar atau melakukan jenayah ketika masih juvana. Mereka ini telah menjadi ancaman besar kepada sistem sosial di Sabah yang semakin tidak keruan. Siapakah yang akan menyelamatkan generasi Sabah jika kita tidak memulakannya?
Anak Warga asing yang kebanyakannya PATI amat bertuah kerana mendapat pendidikan asas di Humana berbanding kanak-kanak kita di pedalaman yang belum mengenal huruf kerana sekolah terlalu jauh daripada kampung; sehingga mereka tercicir daripada persekolahan. Bertuahnya anak-anak PATI ini kerana dapat menghirup udara segar sabah sedangkan mereka (anak-anak PATI) yang tidak layak menjejakkan kaki ke Negara ini. Siapakah yang menghalalkan mereka tinggal dan membesar di Sabah?
MUTALIB M.D: Pada pandangan Datuk Seri, apakah pintu Imigresen kita ampuh untuk mengekang kemasukan berleluasa PATI terutama di Tawau, Sandakan, Kudat dan Sipitang?
BUMBURING: Pintu Imigresen kita yang bolos memudahkan PATI memasuki negeri Sabah tanpa sebarang masalah kerana kebanyakan Tekong Darat dan Tekong Laut terdiri daripada PATI yang telah mendapat kerakyatan tulen Sabah, namun masih berkiblat ke negara asal mereka demi memperjuangkan nasionalisme mereka.
Kita ambil contoh, dua orang PATI Filipina iaitu Komander Robot (Galib Andang) dan Mujib Susukan merupakan dua pelarian perang yang pernah ditahan di Kem Askar Di Segangan, Lahad Datu. Robot dan Mujib kemudiannya diberikan Pas Lawatan IMM22 yang membolehkan mereka bekerja dengan Pegawai Imigresen Lahad Datu, Michael Wong @ Zulkarnain sebagai penjaga ayam sabung. Selepas Zulkarnain meninggal dunia, Robot dan Mujib ke Kota Kinabalu menjadi penjual ikan di Pasar Ikan Kota Kinabalu dan pemandu bas mini setelah berjaya mendapat kad pengenalan projek daripada Kerajaan Berjaya. Robot dan Mujib mengetuai penculikan di Pulau Sipadan dan Pandanan, Semporna pada April 2000. Kini terdapat ratusan ribu mereka yang telah memperoleh kerakyatan Malaysia tetapi berkiblatkan Filipina dan meneruskan tuntutan politik ke atas Sabah.
MUTALIB M.D: Pada pandangan Datuk Seri, masih adakah jalan untuk membatalkan MyKad atau MyPR yang telah dianugerahkan kepada PATI ini sedangkan mereka telah menjadi pemilih berdaftar dan ahli parti yang merupakan penyokong tegar BN. Tidakkah akan membahayakan kuasa politik BN kelak?
BUMBURING: Saduran surat ini (sambil mengunjukkan sekeping surat saduran) daripada Jabatan Pendaftaran Negara yang menyenaraikan 16,693 kad pengenalan yang TIDAK DIIKHTIRAF, cukup untuk membuktikan bahawa kerajaan boleh melakukan pembatalan jika mereka mahu menghapuskan kad pengenalan projek, namun jawapannya ada pada Menteri Dalam Negeri dan Kabinet Malaysia. Tindakan ini akan memberi kesan kegelinciran pengaruh BN, namun akan pulih dalam masa yang singkat.
MUTALIB M.D: Ada apa-apa lagi yang Datuk Seri ingin suarakan?
BUMBURING: Hak dan peluang yang saksama haruslah diberikan kepada saya selaku Ahli Parlimen Malaysia (Tuaran) agar dapat memainkan peranan penting memperkasa perjuangan dan memantapkan perpaduan di kalangan rakyat Sabah melalui daya juang dan ketaatsetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang berwibawa, pragmatik dan praktikal kerana prihatin terhadap MASA HADAPAN dan SURVIVAL rakyat Sabah yang TERABAI dan TERPINGGIR dari segi hak dan kedaulatan ibu pertiwi selama ini.
Namun apapun yang kita usahakan atau lakukan untuk membasmi Gejala PATI dan kesannya, tidak akan menghasilkan kejayaan sekiranya tidak ada ‘Political Will’ yang merupakan kemuncak segala tindakan.
Wawasan Itu Penting Berbanding Matlamat Kerana Matlamat Adalah Suatu Tempoh Yang Pendek Sedangkan Wawasan Adalah Suatu Tempoh Yang Panjang.
MUTALIB M.D: Jika benar Datuk Seri ingin menyelesaikan isu ini secara tuntas, kenapa tidak heret Menteri Dalam Negeri Ke mahkamah untuk mendapat keadilan undang-undang?
BUMBURING: Buat masa ini belum ada pihak yang bercadang untuk melakukan tindakan drastik berkenaan kerana yakin isu ini dapat diselesaikan secara legislatif, administratif dan diplomatik. Jika semua menemui jalan buntu, mungkin ada pihak yang sudah merancang untuk mengheret Menteri Dalam Negeri ke mahkamah; tetapi buat sementara waktu, saya yakin Menteri Dalam Negeri ada kaedah penyelesaian terbaik. Kita Cuma perlu berikan masa kepada beliau untuk meneliti isu ini secara saksama.
MUTALIB M.D: Akhir sekali apa harapan Datuk Seri melalui Memorandum yang telah disampaikan kepada Menteri Dalam Negeri?
BUMBURING: Saya berharap agar Menteri Dalam Negeri atau Kabinet Malaysia dapat mempertimbangkan dan meluluskan memorandum ini demi kesejahteraan, keselamatan dan kedaulatan Sabah daripada Gejala Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang mendapat ‘Suaka Politik’ setelah memperoleh Kad Pengenalan Projek di luar lunas Perlembagaan Persekutuan. Memorandum ini merupakan ‘Amanah Rakyat Sabah’ kepada saya untuk disampaikan kepada Kerajaan Persekutuan agar isu PATI yang memiliki dokumen pengenalan diri Malaysia secara tidak sah akan dapat diselesaikan secara bijaksana dan penuh komited. Terima Kasih!
DUA TEBUSAN SEBANGKAT DIBEBASKAN PAGI TADI

Oleh: MUTALIB M.D
DUA orang rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penculikan di Terumbu Karang Sebangkat, Semporna pada 8 Februari 2010, Tsen Vui Chung dan Lai Wing Chau, telah berjaya dibebaskan pada jam 6.15 pagi tadi atas usaha gigih Gabenor Tawi-Tawi, Hadji SadikulAdalla Sahali.
Ketika menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi, sejurus selepas membuat Persidangan Akhbar pada jam 10 pagi tadi, Sadikul berkata kedua-dua tebusan berkenaan dalam keadaan sihat walaupun agak lemah kerana kekurangan zat makanan, tanpa sebarang kecederaan.
“Kedua-dua mereka telah sampai ke Tawi-Tawi pada jam 6.15 pagi sebelum di bawa ke Lapangan Terbang Sanga-Sanga untuk diterbangkan ke Manila sebentar lagi. Saya telah membuat persidangan akhbar sebentar tadi. Syukur Alhamdulillah, isu tebusan ini telah berjaya diselesaikan dengan baik,” ujar Sadikul yang memaklumkan mangsa akan diserahkan kepada Kedutaan Malaysia di Manila lewat petang nanti.
Dalam pada itu, keluarga mangsa yang dihubungi Sabahkini.net terharu dan amat gembira mendengar berita pembebasan tebusan berkenaan dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada peranan yang dimainkan Sabahkini.net selama ini.
“Kita ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Gabenor Sadikul dan Setiausaha DILG JCM Roberdo dan Mantan Juruperunding yang telah bertungkus lumus berusaha membebaskan keluarga kami,” ujar Chung yang tidak sabar lagi untuk menyambut kepulangan keluarga mereka.
Berita lanjut akan menyusul.
HALALKAN SAHAJA IC PROJEK MILIK PATI?

Saudara Pengarang,
WALAUPUN Ahli Parlimen Malaysia (Tuaran) mengemukakan alasan kukuh (melalui apa yang saya baca dalam Sabahkini.net) namun adalah mustahil bagi Kerajaan Malaysia mengulangi tindakan drastik yang dibuat Jabatan Pendaftaran Negara apabila menarik balik semua kad pengenalan yang dikeluarkan kepada 16,693 orang pada 1996, namun jumlah PATI yang mendapat kad pengenalan Malaysia melalui JPN Sabah kini sudah mencecah lebih 1.5 juta orang?
Bukankah nanti akan mencetuskan huru-hara kerana majoriti mereka menjadi ‘Fixed Deposit’ dalam UMNO dan BN dan ketika itu di manakah kedudukan kita sebagai ‘Anak Jati Sabah’ kerana jumlah kita tidak sampai 800,000 orang daripada 3.4 juta penduduk Sabah?
Mengharapkan Polis dan Pasukan Keselamatan? Ramai anak PATI yang mendapat kad pengenalan ini sudah menjawat jawatan tinggi dalam Polis, Tentera, Rela, APMM dan sebagainya; apatah lagi polis Sabah tidak sampai 20,000 orang.
Saya bimbang, mungkin kita terpaksa ‘HALALKAN’ sahaja PATI ini kerana kita tidak ada cara untuk membasmi mereka sehingga ke akar umbi disebabkan Kerajaan BN tidak mempunyai ‘Political Will’ untuk membasmi mereka, sebaliknya semakin menyuburkan mereka sehingga ada yang sudah menjadi Adun.
Cukup hebat rakyat Sabah berjuang selama ini untuk mengatasi masalah yang sudah berlarutan selama tiga dekad, namun tidak menampakkan sebarang hasil kerana seolah-olah pihak berkuasa buta sekalipun Mutalib M.D telah menghasilkan begitu banyak buku yang membongkar isu PATI, namun mereka terus diberi suaka politik.
Untuk membatalkan semua kad pengenalan yang dikeluarkan adalah mimpi dalam mimpi kerana tidak mungkin kerajaan BN menggigit jari mereka yang memangkah BN dalam setiap pilihanraya sehingga BN semakin kukuh di Sabah.
Sedangkan desakan untuk menubuhkan Suruhanjaya Di Raja pun dipandang sepi oleh Kerajaan BN dan Kabinet Negeri Sabah dan tidak ada Ahli Parlimen BN yang berani membawa isu penubuhan dan menjayakan usul Penubuhan Suruhanjaya Di Raja. Hanya salakan kosong daripada pembangkang yang hanya sekali sekala disiarkan akhbar, secara ala kadar.
Jadi saya melihat perjuangan Bumburing adalah perjuangan sia-sia kerana beliau ibarat membakar jambatan sedangkan beliau juga memerlukan undi PATI untuk memenangi Parlimen Tuaran pada pilihanraya umum akan datang.
Sebagai anak jati Sabah, saya juga malu kerana terpaksa membiarkan PATI menjadi rakyat Malaysia dengan menggunakan JPN Sabah, namun apa daya saya kerana saya hanya ada satu undi!
Dalam keadaan terpaksa saya tidak mempunyai pilihan selain akur kepada senario politik masa kini dan terus kekal di dalam UMNO kerana pembangkang tidak mungkin berjaya menumbangkan BN selagi isu PATI yang mendapat kad pengenalan melalui pintu belakang ini dilindungi pihak berkuasa.
Salam Hormat,
AZIZUL SANARUL @ AJIJUL
(NOTA: Azizul ialah Ketua Cawangan UMNO Tampi-Tampi Darat Semporna yang selama ini menentang dasar BN yang mengutamakan PATI namun terpaksa kekal di dalam UMNO untuk memeranginya daripada dalam).